Ahli Dewan Negeri (ADN) Pelangai, YB. Dato’ Sri DiRaja Haji Adnan Haji Yaakob

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: KERAJAAN PAHANG DICADANG BUKA SEMULA DARA, LKWJ

Oleh: Ain Nadhirah Basha
Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 18 NOVEMBER 2020: Kerajaan Pahang dicadangkan untuk membuka semula Lembaga Kemajuan Pembangunan Wilayah (Regional Development Authorities) (RDA) di negeri ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Pelangai, YB. Dato’ Sri DiRaja Haji Adnan Haji Yaakob berkata, Kerajaan Negeri perlu membuka semula Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ).

“Kita hidupkan semula regional development authorities (RDA) dan buka semula kawasan di Bandar Jengka (LKWJ), kawasan DARA dan sebagainya.

“Kita tutup dulu kerana telah mematuhi arahan Kerajaan Persekutuan untuk menutup semua RDA ini. Rupa-rupanya kita tutup Jengka, kita tutup DARA, negeri lain Kelantan dan Kedah teruskan dan baru-baru ini sesetengah RDA di negeri lain dapat peruntukan,” katanya.

Beliau juga memohon Kerajaan Negeri memberikan peruntukan kepada rumah-rumah anak yatim di negeri ini.

“Kalau boleh belanjawan kali ini dipanjangkan kepada rumah anak-anak yatim. Saya percaya tak banyak dalam RM 2 juta ke RM3 juta sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Beliau dalam masa yang sama turut meminta Kerajaan Negeri untuk mengambil tindakan susulan berkenaan pemberian royalti sebanyak RM100 juta yang dijanjikan oleh Kerajaan Persekutuan.

“Pada 2014 atau 2016, saya percaya YAB Perdana Menteri ketika itu ada berjanji untuk beri royalti kepada negeri Pahang. Dijanjikan royalti RM100 juta. Tapi sampai sekarang kita tak dapat,” katanya. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 752 total views

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
error: