Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanah Rata, YB. Encik Chiong Yoke Kong (DAP) pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang.

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: KERAJAAN NEGERI WUJUD DATA KEMISKINAN NEGERI PAHANG

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 20 NOVEMBER 2020: Kerajaan Pahang sedang dalam proses untuk mengemaskini dan menyatukan data-data kemiskinan yang ada di dalam beberapa senarai seperti sistem e-Kasih dan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin berkata, proses ini sedang berlangsung dan beberapa mesyuarat teknikal telah diadakan.

“InsyaAllah kita jangka dalam tahun 2021 kita dapat kemaskini dan satukan data-data ini. Ia akan dikenali sebagai Data Kemiskinan Negeri Pahang.

“Dengan adanya data ini nanti akan memudahkan Kerajaan Pahang untuk menyalurkan bantuan kepada penerima yang betul-betul layak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanah Rata, YB. Encik Chiong Yoke Kong (DAP) pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Sementara itu, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza berkata, sehingga 16 Oktober lalu, seramai 50,737 peserta e-Kasih Negeri Pahang menerima bantuan.

“Daripada jumlah itu, kaum Melayu adalah seramai 44,033 orang, kaum Cina (2,527 orang), kaum India (3,332) dan lain-lain seramai 875 penerima,” katanya.

Katanya lagi, jenis-jenis bantuan pula adalah bantuan am, bantuan kanak-kanak, bantuan pesakit telantar, bantuan anak pelihara, elaun pekerjaan cacat dan bantuan OKU tidak bekerja. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 212 total views

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
error: