Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Cheka, YB. Encik Lee Ah Wong (BN) berkenaan masalah rangkaian talian di DN Cheka pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di Kuantan hari ini.

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: ENAM MENARA BAHARU AKAN DIBINA DI KAWASAN DEWAN NEGERI CHEKA

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
Foto: Mahathir Ali

KUANTAN, 17 NOVEMBER 2020: Sebanyak enam menara baharu akan dibina di kawasan luar bandar di Dewan Negeri (DN) Cheka bagi memantapkan lagi kualiti dan liputan perkhidmatan telekomunikasi di kawasan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, pembinaan menara telekomunikasi berkenaan akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun hadapan.

“Sehingga kini terdapat sembilan menara komunikasi yang telah siap beroperasi di DN Cheka. Selain itu, sebanyak 32 alat pemacar komunikasi di menara sedia ada telah dinaik taraf kepada liputan 3G dan 4G.

“Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga akan menaik taraf 16 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada kepada 4G dan dijangka siap sehingga tahun 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Cheka, YB. Encik Lee Ah Wong (BN) berkenaan masalah rangkaian talian di DN Cheka pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin berkata, sebanyak 381 pelanggan jalur lebar talian tetap di DN Cheka juga akan dinaik taraf daripada talian tembaga kepada teknologi gentian optik menjelang penghujung tahun 2021.

“SKMM juga akan mengadakan pemantauan kualiti perkhidmatan jalur lebar di kawasan DN Cheka bersama pihak industri dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi meningkatkan liputan serta kualiti perkhidmatan di kawasan berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga meminta pelbagai pihak seperti wakil rakyat dan pemimpin setempat supaya dapat memaklumkan segera kepada SKMM jika di kawasan masing-masing mengalami masalah talian telekomunikasi.

“Ini bagi memastikan tindakan berterusan dengan segera dapat dilaksanakan Kerajaan Pahang bersama SKMM bagi mengatasi masalah ini. Kerjasama semua pihak amatlah diperlukan untuk kebaikan bersama,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 280 total views

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 04 NOVEMBER 2020: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket perjudian dalam talian yang cuba mengaburi pihak berkuasa dengan menyewa rumah di kawasan perumahan elit yang berpagar dan mempunyai pengawal keselamatan di Taman Pelindung di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Tuan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, serbuan dilakukan kira-kira jam 9.30 malam oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Pahang dan Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Kuantan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Tuan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali.

“Hasil serbuan itu, polis berjaya menahan tiga lelaki tempatan berusia 21 tahun sehingga 27 tahun. Kita turut merampas sembilan buah set komputer dan 30 buah telefon bimbit yang digunakan oleh sindiket berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas memotong bekalan elektrik di kediaman berkenan hari ini.

Menurut beliau lagi, siasatan awal pihak polis mendapati rumah yang disewa dengan kadar RM4,000 sebulan ini dijadikan tempat untuk menjalankan aktiviti pengiklanan serta mempromosikan kegiatan perjudian secara dalam talian.

“Sindiket ini juga mempromosikan kegiatan perjudian melalui media sosial seperti Facebook, Telegram, WhatsApp, WeChat dan MiChat di mana mereka mempunyai sistem yang dapat menyebarkan iklan yang mengandungi pautan judi sejauh satu kilometer daripada rumah tersebut.

Antara barang yang dirampas dalam operasi di sebuah rumah yang dijadikan pusat perjudian.

“Telefon bimbit digunakan sebagai cara menambah nilai bagi pelanggan mereka menggunakan perbankan internet. Aplikasi perjudian yang digunakan ialah Mega 888, 918Kiss, Pussy 888 dan Xe088. Mereka yang ditahan dibayar gaji sekitar RM2,000 sebulan bagi menguruskan operasi tanpa henti selama 24 jam secara giliran.

“Tiada duit yang dirampas ketika serbuan dijalankan namun melalui semakan pada sistem menunjukkan sindiket ini memperoleh kutipan sebanyak RM4,000 sehingga RM7,000 sehari,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan kesemua suspek ditahan reman sehingga 6 November ini. – PAHANGMEDIA

error: