Ahli Dewan Negeri (ADN) Chini, YB. Encik Mohd Sharim Haji Md Zain.

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: ADN CHINI LAHIR RASA TERUJA BERBAHAS KALI PERTAMA

Oleh: Ain Nadhirah Basha
Foto: Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 17 NOVEMBER 2020 : Ahli Dewan Negeri (ADN) Chini, YB. Encik Mohd Sharim Haji Md. Zain meluahkan rasa teruja selepas berbahas buat pertama kali pada Sidang Dewan Negeri Pahang hari ini.

Beliau yang membawa isu berkaitan belia hari ini turut berjanji untuk terus bersama barisan ADN negeri ini di dalam Sidang Dewan Negeri yang bermula semalam.

“Saya selaku wakil rakyat yang baharu sangat teruja dapat mendengar ucapan pembentangan Belanjawan Negeri Pahang 2021 oleh YAB Menteri Besar.

“InsyaAllah saya akan terus bersama dalam perbahasan Belanjawan oleh ADN lain bagi memastikan apa sahaja isu berkaitan rakyat dapat kita selesaikan secara berhemah dan sepakat,” katanya ketika ditemui selepas sesi perbahasan Belanjawan Negeri Pahang 2021 di Wisma Sri Pahang di sini hari.

Beliau dalam perbahasannya hari ini mencadangkan Kerajaan Negeri untuk mewujudkan perumahan transit bagi golongan belia yang tidak berkemampuan selain menyarankan tiga aspek penggunaan dana khas bagi peniaga muda di negeri ini. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 332 total views

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download