Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain ketika menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Semantan, YB. Dato’ Haji Nor Azmi Mat Ludin (BN), berhubung tindakan Kerajaaan Negeri dalam membantu anak muda yang kehilangan pekerjaan selepas wabak COVID-19 pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, di Kuantan, hari ini.

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: 30 INISIATIF BAGI CAPAI HALA TUJU MTEN

Oleh: Fansurina Abdullah
Foto: Mohd Mahathir Mohd Ali

KUANTAN, 18 NOVEMBER 2020: Kerajaan Pahang memperkenalkan 30 inisiatif untuk membantu mencapai hala tuju penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Pahang (MTEN) dalam memajukan ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan memakmurkan Negeri Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain berkata, langkah tersebut diyakini mampu membantu para penganggur dan golongan muda yang kehilangan pekerjaan untuk mendapat semula pekerjaan dalam pelbagai sektor ekonomi.

“Kerajaan Pahang mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dan memberikan kerjasama dalam mengambil tahu dan membuka peluang-peluang pekerjaan dan diselaraskan bersama dengan Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Semantan, YB. Dato’ Haji Nor Azmi Mat Ludin (BN), berhubung tindakan Kerajaaan Negeri dalam membantu anak muda yang kehilangan pekerjaan selepas wabak COVID-19 pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, sehingga 30 Oktober 2020, kadar pengangguran dan statistik anak muda berusia 15-39 tahun yang kehilangan pekerjaan di negeri ini berjumlah 1,707.

Katanya lagi, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mewujudkan portal pekerjaan MYFutureJobs bagi membantu majikan mengiklankan kekosongan jawatan dan membantu golongan pencari kerja dan sehingga September 2020 sebanyak 1,280 majikan telah berdaftar dengan menawarkan 11,835 pekerjaan.

Beliau berkata, bagi majikan yang ingin meningkatkan kemahiran pekerja, mereka boleh memohon faedah latihan di bawah program ini dengan kadar yuran ditanggung Perkeso sebanyak maksimum RM4,000 bagi setiap pekerja.

Sebanyak RM922,800 telah dibayar kepada 411 majikan negeri Pahang melibatkan 1,134 pekerja sehingga September 2020. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 172 total views

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error