Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Insdustri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd Soffi Tan Sri Abd Razak ketika menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri Tanah Rata, YB. Encik Chiong Yoke Kong (DAP), berhubung sewaan tanah pertanian di Cameron Highlands oleh Pahang Corporation Sdn Bhd pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, Kuantan, hari ini.

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: 2,855 EKAR TANAH PERTANIAN DIAGIH KEPADA PEKEBUN CAMERON HIGHLANDS

Oleh : Fansurina Abdullah
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 19 NOVEMBER 2020 : Kerajaan Negeri mengagihkan seluas 2,855 ekar tanah pertanian kepada pekebun-pekebun di Cameron Highlands bagi fasa pertama hingga fasa keempat.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Insdustri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd Soffi Tan Sri Abd Razak berkata, sehingga kini kerajaan telah melaksanakan fasa 1 dan fasa 2 dengan agihan tanah seluas 2,086 ekar kepada pekebun-pekebun di kawasan tanah tinggi terbabit.

Katanya, daripada jumlah tersebut seluas 222 ekar melibatkan kawasan Mukim Ringlet, 13 ekar bagi Mukim Tanah Rata dan 1,851 ekar bagi Mukim Ulu Telom.

“Sewaan yang dikenakan bagi setiap ekar ialah RM4,500 dan pekebun tidak boleh memiliki tanah melebihi 3 ekar seorang dan mereka diberi pajakan dalam tempoh 10 tahun bagi membantu meyakinkan agensi kewangan menyediakan kemudahan kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri Tanah Rata, YB. Encik Chiong Yoke Kong (DAP), berhubung sewaan tanah pertanian di Cameron Highlands oleh Pahang Corporation Sdn Bhd pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, hasil pertanian di Cameron Highlands pada tahun 2020 dianggarkan berjumlah RM4 juta dan pada 2021 pula dijangka anggaran hasil yang bakal dikutip oleh kerajaan negeri adalah RM5.7 juta bagi keseluruhan mukim Ringlet, Tanah Rata dan Ulu Telom bagi keempat-empat fasa.

Jelasnya, kerajaan negeri juga merancang untuk membelanjakan sebahagian hasil kutipan tersebut untuk perlaksanaan pembangunan dan pengurusan daerah Cameron Highlands. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 213 total views

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
error: