Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Ibam, YB. Datin Hajah Samsiah Haji Arshad (BN) pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang.

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: 185,385 PELAJAR DAPAT MANFAAT GERAN PENDIDIKAN

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 20 NOVEMBER 2020: Seramai 185,385 pelajar telah mendapat manfaat daripada Geran Pendidikan kepada anak-anak Pahang yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang disalurkan oleh Yayasan Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, pemberiaan bermula di peringkat sijil sehingga ke peringkat kedoktoran (PhD) dan sehingga kini membabitkan jumlah perbelanjaan sebanyak RM93.8 juta.

“Tawaran yang melibatkan peringkat sijil hingga Ijazah Sarjana Muda dikenali sebagai Geran Pra Ijazah manakala peringkat Sarjana dan Kedoktoran dikenali sebagai Geran Pasca Siswazah.

“Bagi Geran Pasca Siswazah akan menerima RM1,000 manakala Geran Pra Siswazah menerima RM500. Penerima hanya boleh memohon sekali sahaja bagi setiap kategori,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Ibam, YB. Datin Hajah Samsiah Haji Arshad (BN) pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Beliau berkata, pemberian Geran Bantuan Pelajar ke IPT ini adalah inisiatif dan rasa terima kasih Kerajaan Pahang melalui Yayasan Pahang kepada anak-anak Pahang yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi yang diluluskan.

“Antara syarat ialah pemohon, ibu atau bapa dilahirkan di negeri Pahang atau sekiranya pemohon serta ibu bapa tidak dilahirkan di negeri ini, pemohon hendaklah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun.

“Bagi pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia adalah tidak layak memohon,” jelasnya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 174 total views

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
error: