Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi Dan Multimedia Negeri Pahang, YB Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Negeri (ADN) Teruntum, YB. Encik Sim Chon Siang pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang.

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: 135,052 MUAT TURUN APLIKASI PAHANGGO

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 20 NOVEMBER 2020: Aplikasi PahangGo yang telah dibangunkan oleh Pahang Go Sdn Bhd sejak Oktober 2019 merupakan antara inisiatif Kerajaan Pahang bagi memudahkan rakyat membuat urusan pembayaran bil, pembayaran cukai, parkir dan pelbagai lagi yang membabitkan dengan urusan kerajaan secara digital.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi Dan Multimedia Negeri Pahang, YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, sehingga 12 November 2020, setelah beroperasi hampir 13 bulan, jumlah muat turun aplikasi PahangGo adalah sebanyak 135,052 dengan peningkatan kira-kira 7,000 muat turun setiap bulan.

Beliau berkata, jumlah pengguna aktif pula kira-kira 70,000 orang dengan purata transaksi yang telah dilakukan melalui perkhidmatan aplikasi PahangGo ialah sebanyak 90,000 transaksi sebulan dengan jumlah nilainya mencecah RM 800,000 sebulan.

“Pihak PahangGo juga sentiasa menerima maklum balas melalui media sosial untuk menambahbaik aplikasi berkenaan. Sehingga kini kira-kira 2,000 maklum balas yang merangkumi aduan, pandangan dan cadangan diterima pihak PahangGo,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Negeri (ADN) Teruntum, YB. Encik Sim Chon Siang pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Beliau berkata, aplikasi PahangGo juga dibangunkan sepenuhnya oleh kakitangan dalam syarikat PahangGo Sdn. Bhd. yang menerima modal permulaan sebanyak RM1 juta.

“Tiada sebarang suntikan modal daripada Kerajaan Pahang yang digunakan oleh PahangGo Sdn. Bhd.,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 290 total views

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
error: