Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri, YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi Tan Sri Abd. Razak ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Damak, YB. Tuan Haji Zuridan Mohd Daud (PAS) pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, Kuantan, hari ini.

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: 120 HEKTAR TANAMAN MUSANG KING DI JERANTUT

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 16 NOVEMBER 2020: Kawasan seluas 120 hektar di Mukim Tembeling dan Mukim Ulu Cheka, Jerantut telah diluluskan bagi projek tanaman durian Musang King.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri, YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi Tan Sri Abd. Razak berkata, rekod berkenaan dicatat Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang sehingga 20 Oktober 2020.

“Terdapat juga syarikat yang mengemukakan permohonan untuk menanam durian Musang King daripada tanaman asal kelapa sawit bagi kawasan seluas 1567 hektar di Mukim Ulu Cheka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Damak, YB. Tuan Haji Zuridan Mohd Daud (PAS) pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini.

Menjawab soalan kedua berkenaan langkah yang diambil bagi mengelak kawasan tadahan hujan terjejas, YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi berkata, semua projek yang diluluskan kerajaan negeri tertakluk kepada syarat dan peraturan sebelum, semasa dan selepas mendapat kelulusan.

“Syarikat terlibat perlu menyediakan Laporan Environmental Impact Assessment (EIA) yang disyaratkan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Pemantauan berkala ke atas projek turut dilakukan bagi memastikan perlaksanaannya mematuhi syarat dan peraturan yang sedang berkuatkuasa,” katanya.-PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 348 total views

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download