“Siapa lebih berkuasa, Kementerian Pelajaran atau PIBG,” – Raja Permaisuri Agong

OLEH: Shahrinnahar Latib

KUANTAN: “Siapa lebih berkuasa, Kementerian Pelajaran atau PIBG?” soal Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj di Twitter mengenai isu tulisan jawi.

Seri Paduka bertitah, tulisan jawi itu adalah warisan semua orang Melayu dan semua pihak harus menggunakan serta martabatkan supaya semua pihak senang membaca.

“Anak-anak saya juga ke sekolah kerajaan. PIBG hanya untuk menjaga kebajikan dan mutu pelajaran yang disampaikan oleh guru-guru mengikut silibus kementerian,” titah baginda.

Catatan baginda itu ditulis sepenuhnya dalam tulisan jawi, sebelum ini baginda mula menulis jawi di Twitter sejak hujung bulan lalu.

Difahamkan, catatan itu dipercayai merujuk kepada seorang timbalan menteri yang dilaporkan berkata pengajaran jawi di sekolah vernakular tertakluk kepada kelulusan PIBG.

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: