Pengarah Rapat Teguh Sdn Bhd, Encik Mohammad Shaufik Abdullah (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan berupa barangan elektrik kepada Pengarah Hospital Tengku Ampuan Afzan, Dr. Norazmi Abdullah di PKRC SUKPA, Kuantan hari ini.

SETAHUN HADAPI COVID-19, BARISAN HADAPAN TERUS DIHARGAI

Oleh : Fansurina Abdullah

KUANTAN, 8 FEBRUARI 2021 : Para petugas barisan hadapan (frontliners) yang bertanggungjawab berhadapan dengan pesakit yang dijangkiti COVID-19 terus dihargai meski pun sudah setahun negara diancam wabak tersebut.

Pengarah Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Dr. Norazmi Abdullah berkata, keprihatinan dan sikap ambil berat orang ramai dari pelbagai pihak sangat dihargai dalam usaha membantu meringankan beban yang dipikul mereka.

Malah katanya, bukan pesakit sahaja yang menerima sumbangan atau bantuan, malah barisan hadapan yang terdiri daripada pasukan perubatan, polis dan tentera turut sama diberi perhatian.

“Kesemua mereka berkorban tenaga dan masa demi memastikan pesakit sembuh sepenuhnya sebelum dibenarkan keluar selepas menerima rawatan.

“Justeru, usaha keras mereka ini telah dilihat sebagai jasa yang penting di mata masyarakat menerusi berbagai sumbangan dan keperluan yang diberikan kepada barisan frontliner ini,” katanya pada Majlis Penyerahan Sumbangan Peralatan Kemudahan Oleh Rapat Teguh Sdn BHD Untuk Para Petugas HTAA, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Kompleks SUKPA, di sini, petang tadi.

Pada majlis itu, beliau telah menerima sumbangan barangan elektrik berupa peti sejuk, ketuhar pembakar dan komputer riba bagi kegunaan semua petugas.

Beliau sangat menghargai sumbangan tersebut dan menyifatkan ia sangat bermanfaat untuk kegunaan semua petugas ketika menjalankan tugas di PKRC terbabit.

Sementara itu, Pengarah Rapat Teguh Sdn Bhd, Encik Mohammad Shaufik Abdullah berkata, sumbangan tersebut diberikan sebagai tanda penghargaan kepada petugas barisan hadapan di samping dapat membantu pihak kerajaan dalam meringankan kos yang ditanggung.

PKRC itu telah memulakan operasi sejak 12 Disember 2020 dan dikhususkan kepada pesakit COVID-19 yg berisiko rendah. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download