YBhg. Dato' Dr. Haji Tajuddin Mohd Yunus

SEMUA SEKOLAH DI PAHANG DISARAN HENTI AKTIVITI LIBATKAN ORANG RAMAI

Oleh: Fansurina Abdullah

KUANTAN, 13 MAC 2020: Jabatan Pendidikan Negeri Pahang menyarankan semua sekolah di negeri ini supaya menghentikan program yang melibatkan orang ramai seperti program sukan akibat penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Pengarah Pendidikan Negeri Pahang, YBhg. Dato’ Dr. Haji Tajuddin Mohd Yunus berkata, semua warga Jabatan Pendidikan Pahang sangat komited dalam mengikuti setiap arahan dan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan.

Beliau berkata, tindakan itu merujuk kepada kenyataan media oleh Kementerian Kesihatan yang menggesa agar semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai ditangguhkan.

“Justeru semua program yang melibatkan orang ramai seperti program sukan dan penyampaian hadiah sepanjang bulan Mac 2020 perlulah ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) di sini, hari ini.

Beliau juga menasihati warga Kementerian Pendidikan agar menitiberatkan penjagaan diri yang baik dan peka dengan sebarang gejala jangkitan di kalangan pelajar dan guru supaya segera membuat pemeriksaan dan mendapatkan rawatan sewajarnya.

Dalam pada itu, Jabatan Pendidikan Pahang turut menyahut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya umat Islam di negeri ini membaca doa qunut nazilah pada setiap solat Subuh dan solat Jumaat.

Beliau turut mengesahkan tiada sebarang kes melibatkan warga kerja Kementerian Pendidikan dan pelajar sekolah di negeri ini. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: