Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Rahim Muda.

SEMUA RRP DIJANGKA SIAP AKHIR NOVEMBER

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib

KUANTAN, 20 OKTOBER 2020: Kesemua unit Rumah Rakyat Pahang (RRP) di negeri ini dijangka akan dapat disiapkan oleh kontraktor yang dilantik menjelang akhir November ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Rahim Muda berkata, setakat ini sebanyak 98 unit RRP itu sedang dalam pembinaan.

“Kita jangka akhir November akan siap sepenuhnya iaitu sebelum musim tengkujuh. Sebab kita bimbang jika tidak disiapkan sebelum musim tengkujuh, proses pembinaan akan menjadi lambat,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) di sini hari ini.

Beliau berkata, setiap Dewan Negeri dibina dua unit RRP manakala Parlimen pula sebuah unit iaitu membabitkan sumber kewangan daripada Tabung Perumahan Rakyat Pahang serta sumbangan Kerajaan Pahang.

Katanya, projek ini bagi membantu mereka yang belum memiliki rumah atau menggantikan rumah yang mempunyai struktur tidak selamat atau tidak ekonomik untuk dibaik pulih, namun keadaan semasa bangunan itu membawa risiko keselamatan kepada penghuninya.

“Kesemua penerima sangat berpuas hati dan berterima kasih kepada Menteri Besar Pahang, YAB, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy kerana mewujudkan program ini dalam membantu rakyat yang kurang berkemampuan.

“Mereka sebelum ini ada yang terpaksa menumpang di rumah ibu bapa, ada rumah yang uzur… Jadi dengan pemberian rumah ini kehidupan mereka selepas ini akan lebih selesa,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

 116 total views

Please follow and like us:
error