Oleh: Ain Nadhirah Basha
Foto: Ihsan JKM Pahang
KUANTAN, 24 NOVEMBER 2020: Kesemua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di Raub sejak dua hari lalu telah tutup sepenuhnya hari ini.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, Encik Zulkhairi Zainol Abidin berkata, kesemua 22 mangsa banjir telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
“PPS Balairaya Kampung Ria yang menempatkan sembilan mangsa adalah PPS pertama yang ditutup pagi tadi.
“Tengah hari ini, PPS Dewan Serbaguna Kampung Pia yang menempatkan 13 mangsa banjir daripada empat keluarga ditutup sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP), hari ini.
Beliau berkata, sebanyak 647 buah PPS di seluruh negeri ini telah dikenalpasti bagi persediaan memindahkan mangsa banjir yang terjejas.
Selain itu, penghantaran bekalan makanan ke 118 buah pangkalan hadapan bagi menampung kawasan yang mudah terputus hubungan telah selesai pada 16 November lepas. – PAHANGMEDIA
314 total views