Sebuah rumah di Kampung Teh di Jerantut yng sebelum ini dinaiki air banjir telah surut sepenuhnya. - Ihsan Bomba

SEMUA PPS DI PAHANG DITUTUP SEPENUHNYA HARI INI

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 21 DISEMBER 2020 : Kesemua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di negeri ini telah tutup sepenuhnya tengahari ini.

Kesemua mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Sungai Ular, Kuantan yang dibuka sejak tiga hari lepas dan PPS Sekolah Kebangsaan Kuala Teh, Jerantut yang dibuka semalam telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

PPS Dewan Orang Ramai Sungai Ular, Kuantan menempatkan 25 mangsa daripada empat buah keluarga manakala PPS Sekolah Kebangsaan Kuala Teh, Jerantut pula menempatkan 13 mangsa daripada dua buah keluarga.

Sebanyak 647 buah PPS di seluruh negeri ini telah dikenalpasti bagi persediaan memindahkan mangsa banjir yang terjejas.

Menurut laman web Agensi Pengurusan Bencana Malaysia (NADMA) paras beberapa batang sungai di negeri ini menunjukkan penurunan iaitu di Pasir Kemudi, Kuantan(4.96 meter); Sungai Yap, Jerantut (51.07 meter); dan Sungai Tembeling, Jerantut (64.61 meter).

Manakala Sungai Belat di Kuantan menunjukkan peningkatan kepada 3.13 meter dan Sungai Pahang di Pasir Kemudi, Temerloh meningkat kepada 30.75 meter.

Terdapat empat jalan yang ditutup kesemuanya di daerah Jerantut melibatkan Jalan Rebus ke Padang Piol; Jalan Jerantut ke Kuala Lipis; Jalan Sungai Yap ke Pasir Tambang; dan Jalan Simpang Batu Embun ke Tebing Tinggi disebabkan banjir. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 1,015 total views,  3 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download