Gambar Hiasan

SEMUA MASJID DAN SURAU DI PAHANG DIMINTA ANJUR SOLAT HAJAT UNTUK RAKYAT PALESTIN

KUANTAN, 15 JUN 2020: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menetapkan agar semua masjid dan surau di seluruh Negeri Pahang supaya menganjurkan Solat Hajat dan Doa Selamat selepas solat Maghrib bermula hari ini sehingga 21 Jun ini bagi mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin.

Pengarah JAIP, YH. Dato’ Syed Ahmad Fuad Syed Taha berkata, ia dilaksana berikutan menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustai’in Billah.

Gambar Hiasan

“Selain itu, kita juga meminta supaya dilaksanakan Qunut Nazilah dalam solat Jumaat pada 19 Jun ini Kepada Masjid-masjid yang telah diberi ke-
benaran melaksanakan Solat Jumaat dan tertakluk kepada SOP yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata, seluruh umat Islam khususnya di Negeri Pahang juga dianjurkan berdoa supaya wabak Covid-19 yang melanda Negara segera berlalu serta menganugerahkan kesejahteraan kepada seluruh rakyat Palestin, dilindungi
tanah air mereka serta merta dibebaskan dari penjajahan dan penindasan
rejim Israel. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: