SEMUA FASILITI AWAM DI BAWAH MOTAC DITUTUP SEMENTARA

KUANTAN, 16 MAC 2020: Semua fasiliti awam di bawah Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) ditutup sementara berikutan penularan wabak COVID-19.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, YB. Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri Menteri berkata, pihaknya sudah mengarahkan semua fasiliti awam di jabatan dan agensi ditutup sementara berkuatkuasa serta merta sehingga 30 April ini.

“Tindakan ini dibuat setelah mengambil kira kepentingan kesihatan awam dan menyekat penularan wabak COVID-19,”
katanya dalam satu kenyataan media di laman Facebook kementerian berkenaan hari ini.

Beliau berkata, semua ketua jabatan dan agensi telah diarahkan untuk menutup fasiliti awam di bawah seliaan masing-masing dan melakukan disinfektasi di semua ruangan kunjungan terbabit.

“Fasiliti kendalian jabatan dan agensi di bawah MOTAC adalah melibatkan Jabatan Muzium Malaysia (JMM), Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN), Jabatan Warisan Negara (JWN), Arkib Negara Malaysia (ANM), Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (KRAFTANGAN MALAYSIA), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Istana Budaya dan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC),” katanya.

Beliau berkata, senarai fasiliti dan premis lebih lengkap seperti di laman web MOTAC iaitu www.motac.gov.my.

“Selari dengan usaha yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), MOTAC menyeru semua pihak termasuk orang ramai untuk sama-sama membantu dalam menyekat penularan wabak ini,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: