Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang, YH. Dato’ Mohd Zakaria Ibrahim ketika melihat barang keperluan yang ada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Bera, semalam

SEMUA CUKUP MAKAN DI PPS, TERIMA KASIH KERAJAAN PAHANG – MANGSA BANJIR

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

BERA, 12 JANUARI 2021: “Memang makan semua cukup, empat kali sehari. Tidak ada isu makanan tidak mencukupi di pusat pemindahan sementara (PPS) ini,” kata Nur Ain Mahdin, 26, mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Masjid Jamek Kampung Kuala Bera di sini.

Ibu kepada dua beranak itu berkata, walaupun PPS ini terputus hubungan darat, namun semua keperluan termasuk makanan memang sangat mencukupi.

“Memang makan sangat dekat PPS ini. Semua cukup. Terima kasih kepada Kerajaan Pahang yang sentiasa menjaga kebajikan rakyat terutama ketika menghadapi musibah banjir,” katanya ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) di sini, semalam.

Nur Ain Mahdin, 26.

Sebelum ini, Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang, YH. Dato’ Mohd Zakaria Ibrahim melawat mangsa banjir di beberapa PPS di Daerah Bera.

Antara PPS yang dilawati beliau adalah PPS Surau Kampung Puchong Lama, PPS Masjid Jamek Kampung Kuala Bera, PPS Dewan Orang Ramai Kampung Batu Papan, PPS SK Batu Papan dan PPS SK Bukit Gemuruh.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Mohd Nor Adnan, 43, yang ditempatkan di PPS Surau Kampung Puchong Lama berkata, mereka menerima bekalan barang keperluan yang mencukupi daripada pengurusan PPS.

Mohd Nor Adnan, 43.

“Rasa sangat selesa tinggal di sini walaupun terpaksa mengikut prosedur operasi standard (SOP) norma baharu ketika berada di PPS dan saya sekeluarga kerana tidak perlu berhimpit-himpit dengan ramai orang.

“Saya setiap tahun perlu berpindah ke PPS kerana rumah sering dinaiki air… Tetapi saya lihat pada tahun ini lebih berbeza dan saya amat berpuas hati dengan layanan di PPS ini,” katanya.

Bagi Norshahmina Ishak, 24, beliau amat bersyukur dengan bantuan dari pelbagai pihak terdiri daripada kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta badan-badan sukarela yang sentiasa menghulur bantuan.

Norshahmina Ishak, 24.

“Bantuan dari segi makanan tidak putus-putus kami terima… kami amat bersyukur. Bantuan yang dihulur badan kerajaan mahupun swasta begitu efisien,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 393 total views,  9 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download