Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin.

SEKTOR PERHOTELAN DI PAHANG ALAMI KERUGIAN RM500 JUTA

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
Foto: Mahathir Ali

KUANTAN, 6 MEI 2020: Penularan wabak COVID-19 di negara ini telah menyebabkan sektor perhotelan di Pahang mengalami kerugian kira-kira RM500 juta sehingga bulan lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsuddin berkata, kerugian ini membabitkan hotel bertaraf tiga, empat dan lima bintang.

“Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) banyak pembatalan bagi tempahan penginapan. Ini menyebabkan hotel-hotel mengalami kerugian yang agak teruk.

“Sebab itu boleh dikatakan sektor perhotelan adalah industri yang paling terkesan dengan pandemik COVID-19 ini, kita jangkakan sektor ini akan pulih sehingga tahun hadapan,” katanya dalam sidang media pengumuman pemenang bulan Februari Pertandingan Video Pendek Pahang Simply Awesome di Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) Pahang, YBhg. Dato’ Haji Idros Yahya dan Pengurus Besar Tourism Pahang, Dato’ Ishak Mokhtar.

Beliau juga mencadangkan kepada pihak Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia untuk melaksanakan Kempen Melawat Malaysia pada tahun 2022.

“Umum mengetahui bahawa Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan mengumumkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM 2020) dibatalkan susulan penularan COVID-19.

“Justeru saya cadangkan, kempen ini dilaksanakan semula pada tahun 2022 kerana bagi meningkatkan kembali sektor pelancongan di Malaysia. Rakyat juga digalakkan untuk melancong di dalam negara,” katanya.

Dalam pada itu katanya, Kerajaan Pahang sudah membantu kira-kira 1,000 akvitis pelancongan yang terkesan dengan pandemik COVID-19 ini.

“Setakat ini 155 pelancong asing juga dikenal pasti terkandas di negeri ini dan pihaknya masih mengenal pasti jumlah pelancong asing yang terkandas di seluruh negeri ini,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: