Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad ketika meninjau Sekolah Rendah Tahfiz Yayasan Pahang di Kuantan hari ini.

SEKOLAH RENDAH TAHFIZ YAYASAN PAHANG DAPAT SAMBUTAN

Oleh : Fansurina Abdullah
 
KUANTAN, 3 MAC 2021: Penubuhan Sekolah Rendah Tahfiz Yayasan Pahang bagi sesi persekolahan baharu tahun 2021 mendapat sambutan luar biasa daripada ibu bapa dan pelajar.
 
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, penubuhan sekolah berkenaan merupakan kesinambungan kepada tujuh buah tadika tahfiz yang telah diwujudkan pada tiga tahun lalu.
 
“Tiga tahun lalu, Yayasan Pahang telah menubuhkan Tadika Tahfiz yang telah mendapat sambutan selepas penubuhan Maahad Tahfiz sejak 25 tahun yang lalu.
 
“Kesemua institusi pendidikan ini sangat mendapat sambutan daripada orang ramai dan pelajar,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya hari ini.
 
Tambahnya, sebagai permulaan sebanyak tiga kelas bagi menampung 84 pelajar bagi permulaan 2021 bagi mengikuti sesi persekolahan baru dengan menyasarkan enam tempoh bagi pelajar menghafaz al-Quran.
 
Sesi persekolahan bermula jam 7.45 pagi hingga 5 petang dengan memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi setiap pengurusan di sekolah tahfiz berkenaan.
 
“Permintaan adalah di luar jangkaan dengan menghadkan pelajar hanya 30 orang sahaja kerana yuran yang dikenakan adalah RM500 sebulan.
 
“Namun bagaimanapun, golongan asnaf tetap diberi keutamaan melalui bantuan khas dan zakat,” katanya.
 
Pembelajaran adalah berteraskan kurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan dilengkapi kurikulum tahfiz. – PAHANGMEDIA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download