“Saya tak lena tidur dah seminggu bila dapat tahu Tuanku nak datang,”

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah berkenan untuk menyantuni golongan asnaf di Kompleks Asnaf MUIP di Kuantan hari ini.

“Saya tak lena tidur dah seminggu bila dapat tahu Tuanku nak datang,”

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 15 JUN 2020 : “Saya tak lena tidur dah seminggu bila dapat tahu Tuanku nak datang ke sini,” ujar Abdul Latif Lim Abdullah, salah seorang penghuni Kompleks Asnaf Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di sini.

Abdul Latif Lim, 44, yang juga merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) berkata ini pertama kali beliau bertemu dengan Tuanku dan menganggap ia sebagai rezeki yang tidak disangka daripada Allah.

“Kalau sebelum ini saya tak boleh tidur sebab berdebar nak jumpa dengan Tuanku, mungkin lepas ini saya tak boleh tidur lagi sebab seronok sangat dapat berjumpa dengan Tuanku.

“Tak sangka sangat dapat jumpa Tuanku, bertentang mata malah bercerita bersama Tuanku. Ini pengalaman paling berharga dalam hidup saya,” katanya yang telah dua tahun menetap di Kompleks Asnaf di Sungai Soi.

Abdul Latif berkata dia merasakan kasih sayang Tuanku kepada rakyat yang tidak berbelah bahagi setelah bertemu dengan Tuanku.

“Saya dapat rasa kasih sayang dan sifat tanggungjawab Tuanku terhadap rakyat sebab itu baginda luangkan masa bertemu kami di sini walaupun baginda sibuk.

“Baginda tiang negara sekarang, bukan tanggungjawab yang mudah untuk jaga satu negara tetapi Tuanku tetap dengan sifat Tuanku yang sentiasa merendah diri dan dekat dengan rakyat,” katanya.

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan untuk menyantuni golongan asnaf di Kompleks Asnaf MUIP di Kuantan hari ini.

Seorang lagi penghuni, Rokiah Abdul Rahman, 47, berkata dia sangat teruja untuk bertemu baginda Tuanku setelah dimaklumkan oleh pihak pengurusan kompleks.

Rakiah yang pertama kali bertemu baginda berkata dia sangat risau dan bimbang namun teruja ketika disapa baginda.

“Rasa ketar pun ada, takut tersalah sebut nama Tuanku, takut salah langkah masa berdepan Tuanku, macam-macam perasaan ada masa nampak Tuanku,” katanya yang telah empat tahun menghuni kompleks ini.

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan untuk menyantuni golongan asnaf di Kompleks Asnaf MUIP di Kuantan hari ini.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah hari ini berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Kompleks Asnaf Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan untuk menyantuni golongan asnaf di Kompleks Asnaf MUIP di Kuantan hari ini.

Ketibaan baginda pada 12.50 tengahari disambut oleh Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang Dato’ Halidan Md Daud; Pegawai Daerah Kuantan Tengku Dato’ Nor Asmaliza Ku Lah; Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohamad Noor Yusof Ali.

Baginda meluangkan masa selama 30 minit di kompleks berkenaan dengan melawat kawasan penginapan wanita sebelum menyampaikan kurnia kepada 14 penghuni termasuklah dua penghuni lelaki OKU.

Baginda juga dilihat berpesan kepada seorang penghuni yang menghidap penyakit gout supaya menjaga makan dan kesihatan diri.

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan untuk menyantuni golongan asnaf di Kompleks Asnaf MUIP di Kuantan hari ini.

Untuk rekod, Kompleks Asnaf ini telah dibina pada tahun 2010 di atas sebidang tanah wakaf di Kampung Pahang seluas 3.4 ekar dengan kos pembinaan sebanyak RM3.5 juta bertujuan untuk melindungi golongan asnaf fakir, miskin, muallaf, gharimin, riqab, dan fisabilillah.-PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

 990 total views,  3 views today

alamat

Maklumat terkini

Dapatkan informasi terkini mengenai negeri Pahang melalui emel anda..

Please follow and like us:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *