KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah 'menjual' nasi lemak dalam video yang dikongsi baginda di laman Instagram.

“SAYA JUAL NASI LEMAK HARI INI.” – KDYMM PEMANGKU RAJA PAHANG

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib

KUANTAN, 10 DISEMBER 2020: “Nak timun… Sambal asing.”

Itu titah KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam satu video yang dikongsi baginda di dalam laman Instagram, semalam.

Dalam video berkenaan, baginda dilihat membantu menjual nasi lemak kepada seorang pelanggan di sebuah gerai di Bandar KotaSAS
di sini.

Baginda juga berkenaan untuk membungkus nasi lemak sebelum diberikan kepada seorang pelanggan yang menanti di gerai berkenaan.

Video yang dikongsi KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di laman Instagram.

“Nak timun… Sambal asing. Saya jual nasi lemak hari ini, untuk diorang. Nah terima kasih,” titah baginda dalam video yang berdurasi
49 saat itu.

Setakat berita ini ditulis, video itu itu mendapat lebih 1,245 komen daripada warganet.

Kebanyakan warganet memuji keperibadian tinggi baginda yang sanggup turun padang dan berjiwa rakyat.

“Sayang Tuanku… Seorang yang benar-benar telus berjiwa rakyat… Merasai bagaimana yang dirasai rakyatnya dalam kehidupan. Semoga Tuanku dan keluarga diberi kesihatan yang baik-baik dan dirahmati Allah SWT, amin,” kata seorang pengguna Instagram, @murad100763. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
ARTIKEL POPULAR

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download