Kesemua 12 graduan cemerlang bergambar kenangan bersama Tan Sri Dato' Sri Profesor Dr. Noorul Ainur Mohd Nur (empat kiri atas), Naib Canselor UCYP, Profesor Emeritus Dato' Dr. Ahmad Haji Zainuddin (tiga kanan atas) dan Ketua Pengarah Akademik KYP, Cik Nazatul Niza Nordin (tiga kiri atas).

SASAR KECEMERLANGAN BERTERUSAN SELEPAS TAMAT BELAJAR

Oleh : Fansurina Abdullah

KUANTAN, 17 OKTOBER 2020: Graduan Universiti Kolej Yayasan Pahang (UCYP) disaran supaya mengekalkan kecemerlangan dalam hidup sebaik sahaja menamatkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Pengerusi Lembaga Pengelola UCYP, Tan Sri Dato’ Sri Profesor Dr. Noorul Ainur Mohd Nur berkata, saranan ini selaras dengan dasar negara bagi melahirkan lebih ramai rakyat yang cemerlang dan berjaya di dalam akademik dan pelbagai bidang.

Beliau berkata, usaha ini bagi memastikan kecemerlangan akademik dapat dicapai dan ditingkatkan bagi kumpulan B40 sebagai inisiatif untuk membantu dan mengubah ekonomi keluarga ke arah yang lebih baik.

“Saya berharap agar semua graduan dapat berpegang kepada kecemerlangan hidup selepas berjaya sebagai pelajar pastikan anda semua terus melakar kejayaan di dalam hidup dengan melakar sejarah kejayaan sendiri.

“Pelajar cemerlang adalah contoh kepada masyarakat, kecemerlangan akademik dan sahsiah adalah penting dan seiring di dalam kehidupan,” katanya ketika berucap pada Majlis Istiadat Konvokesyen UCYP dan KYP 2020 secara virtual di Kampus Utama, Tanjung Lumpur di sini, hari ini.

Majlis Istiadat Konvokesyen UCYP dan KYP 2020 secara virtual di Kampus Utama, Tanjung Lumpur di Kuantan hari ini.

Beliau turut mengingatkan pelajar agar menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa dalam memastikan kejayaan semua graduan.

“Graduan perlu cakna dengan isu semasa sama ada di peringkat komuniti, setempat mahu pun antarabangsa,” katanya.

Dalam pada itu, Tan Sri Dato’ Sri Professor Dr. Noorul Ainur turut menyatakan tahniah kepada kumpulan pelaksana UCYP yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis konvokesyen secara virtual dengan memastikan norma baharu dipatuhi oleh setiap yang terlibat.

Beliau juga memberikan penghargaan kepada kumpulan pelaksana UCYP yang berjaya membawa nama IPT tersebut ke peringkat antarabangsa.

Majlis konvokesyen virtual kali ini melibatkan seramai 463 graduan menerusi tempahan slot temujanji menerusi laman web rasmi konvokesyen bagi mendaftar dan memilih waktu temujanji yang ditetapkan bagi memastikan hanya 50 graduan sahaja dibenarkan pada satu-satu masa.

Sebanyak tiga sesi utama konvokesyen virtual UCYP dan KYP 2020 telah ditetapkan pada 9-11 Oktober 2020, 16-18 Oktober 2020 dan 23-25 Oktober 2020 selepas ditangguhkan pada Mac 2020 lalu selepas menerima nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Pada majlis sama, turut diadakan penyampaian anugerah dan hadiah kecemerlangan akademik kepada 12 graduan UCYP dan KYP yang cemerlang dalam akademik. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

 87 total views

Please follow and like us:
error
error: