Timbalan Menteri Kesihatan, YB. Dato Dr Noor Azmi Ghazali memantau persediaan di pusat mengundi di Kampung Penyor, Pekan, hari ini.

SARINGAN LEBIH TELITI MENANTI PENGUNDI ESOK

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Putera Falliq Hakim

PEKAN, 3 JULAI 2020: Setiap pengundi akan menjalani saringan lebih teliti bagi memastikan tiada sebarang risiko penularan wabak COVID-19 sebelum dibenarkan mengundi, esok.

Timbalan Menteri Kesihatan, YB Dato’ Dr Noor Azmi Ghazali berkata walaupun Pahang berada dalam zon hijau namun langkah berjaga-jaga melalui prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Mereka yang bergejala juga turut dipakaikan sarung tangan getah berbanding pengundi biasa hanya diberikan sarung tangan plastik ketika mengundi.

”Keluar pula mereka kena buat pendaftaran MySejahtera ataupun secara manual, begitu juga bagi yang bergejala ini akan dilalui lebih ketat pegawai khas kesihatan akan mencatitkan ic, calit tanggannya, rekodkan kehadirannya dan memakai sarung tangan getah khas..bagi orang biasa (pakai) sarung tangan plastik, ” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan ke pusat media dan pusat mengundi di Kampung Baru, Penyor, di sini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dato’ Dr Bahari Awang Ngah.

Sementara itu, beliau mengingatkan pengundi agar sentiasa mengamalkan penjarakkan sosial, memakai pelitup muka, saringan suhu badan serta amalan Norma Baharu sepanjang perjalanan hari pengundian esok.

“Jadi kita nasihat kepada semua orang ini adalah tanggungjawab sosial. Ini menunjukkan kita ini orang bertangggungjawab yang ada kesedaran kesihatan.

“Tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang ingkar kepada peraturan SOP yang ditetapkan mengikut Akta 342 iaitu Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.

Dalam pada itu katanya, hasil lawatan hari ini di sekitar Chini, pihak KKM sudah melihat keadaan Klinik Kesihatan Desa yang uzur untuk dinaiktaraf atau pembinaan baharu klinik tersebut di Dewan Negeri (DN) itu. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: