KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memberi tabik hormat kepada kawalan kehormat semasa berangkat ke acara Sambutan Hari Kebangsaan 2020 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur di Stadium Sukpa, Indera Mahkota di sini hari ini.

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2020 PERINGKAT PAHANG MERIAH, IKUT NORMA BAHARU

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd Latib
Foto: Mahathir Ali

KUANTAN 31 OGOS 2020: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat pada Sambutan Hari Kebangsaan 2020 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur di Stadium Sukpa, Indera Mahkota di sini hari ini.

Sambutan yang disambut dalam norma baharu itu diadakan secara tertutup dan tiada perarakan seperti tahun sebelum ini serta hanya disiarkan secara langsung di Facebook Kerajaan Negeri Pahang.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail (tengah) bergambar bersama barisan Exco dan kepimpinan Kerajaan Negeri Pahang.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Pengerusi Sambutan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza, Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Antara persembahan menarik sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2020 Peringkat Negeri Pahang.

Sambutan yang bermula kira-kira jam 8.30 pagi itu dimulakan dengan pemeriksaan kawalan kehormat utama oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.

Turut diadakan adalah demonstrasi tempur tanpa senjata (TTS) yang dilakukan 58 penuntut kursus asas TTS Siri 16/2020 Empat Kompeni KPTD (Mekanize).

Pasukan daripada 12 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) turut membuat persembahan pentomin pertempuran dengan pengganas Komunis di Sungai Chalit, Raub.

KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan membaca ikrar bersama tetamu yang hadir pada acara Sambutan Hari Kebangsaan 2020 Peringkat Negeri Pahang.

Selain itu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut membuat persembahan pancaragam serta nyayian dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pula mengadakan pertunjukkan kawat senyap bersama senjata.

Seramai 200 anggota membabit tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membuat persembahan sempena sambutan berkenaan iaitu membabitkan 25 anggota TLDM, 60 anggota TUDM dan 115 anggota Markas Empat Briged (Mekanize) Kem Batu, di Kuantan.

Antara persembahan menarik sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2020 Peringkat Negeri Pahang.

Sambutan turut dimeriahkan dengan penampilan khas dua artis iaitu Ernie Zakri dan Harry Khalifah yang mendendangkan empat buah lagu sebagai kemuncak sambutan yang diadakan ketika Pandemik COVID-19. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: