Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff ketika mengadakan temubual secara #Live berkenaan Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Pahang 2020 di Konti PahangFM, RTM di Kuantan, hari ini.

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN DALAM NORMA BAHARU

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Mahathir Ali

PEKAN, 27 JULAI 2020: Program Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan & Kibar Jalur Gemilang Negeri Pahang 2020 yang dilancarkan esok bakal berlangsung dalam norma baharu.

Acara berkenaan yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang dijadual berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah bermula pada pukul 8 pagi.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang. YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, sambutan pada tahun ini lebih istimewa kerana seluruh rakyat bersama-sama terus bersatu menentang musuh yang tidak nampak (wabak COVID-19).

“Kita juga wajib mematuhi SOP yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Pemeriksaan suhu badan di pintu masuk, imbas kod QR menggunakan aplikasi PahangGo dan memakai pelitup separuh muka,” katanya ketika temubual eksklusif bersama PahangFM, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff ketika mengadakan temubual secara #Live berkenaan Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Pahang 2020 di Konti PahangFM, RTM di Kuantan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan sekiranya ada jemputan yang bergejala seperti demam atau batuk, tidak dibenarkan sama sekali masuk ke dalam dewan.

“Begitu juga dengan penyediaan laluan keluar masuk yang disediakan akan dikawal oleh petugas selain penjarakan sosial akan diamalkan sepanjang majlis berlangsung.

“Segala kelengkapan, peralatan serta pentas akan disinfeksi sebelum dan selepas majlis bagi memastikan kebersihan menepati piawaian,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Penerangan Negeri Pahang, Encik Salmun Mustafa berkata, pengisian acara pada tahun ini adalah berbeza di mana persembahan dilakukan dalam bentuk baru serta tiada sentuhan.

“Hanya tetamu yang menerima jemputan sahaja dibenarkan memasuki dewan manakala orang ramai boleh menonton
program secara langsung di seluruh FB Live Jabatan Penerangan Pahang dan juga Pahang Media.

“Jadi tiada halangan sebenarnya untuk kita bersama-sama menyemarakkan lagi semangat patriotisme, sambutan bulan kemerdekaan serta mengibar Jalur Gemilang sepanjang bulan Ogos ini,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download