Upacara flag off Program Sinergi Grab dan Zakat di perkarangan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1, Kuantan.

SALURAN ATAS TALIAN TINGKAT KUTIPAN ZAKAT

Oleh: Fansurina Abdullah

KUANTAN, 28 OKTOBER 2020: Pelaksanaan sistem pembayaran zakat melalui atas talian yang disediakan oleh Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang mendapat sambutan daripada rakyat negeri ini apabila kutipan zakat meningkat kepada RM96.5 juta tahun ini.

Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang, YH. Dato’ Haji Halidan Md Daud berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan RM6.47 juta berbanding RM90.03 juta pada tahun lalu.

Katanya lagi, jumlah pembayar zakat turut menunjukkan peningkatan daripada 81,448 kepada 83,107 pembayar zakat pada tahun ini.

“PKZ beranggapan bahawa jumlah kutipan zakat pada tahun ini akan menurun ekoran perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan pada Mac lalu, namun sangkaan itu meleset apabila kebanyakan pembayar lebih mudah membuat bayaran zakat menerusi saluran atas talian.

Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang, YH Dato’ Haji Halidan Md Daud (dua kanan) memakaikan kad kerjasama program Sinergi Grab dan Zakat kepada seorang pemandu Grab pada majlis pelancaran usahasama itu, di Kuantan, hari ini.

“Saluran ini juga sangat bersesuaian dengan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menitikberatkan penjagaan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak pandemik COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Majlis Pelancaran Sinergi Grab dan Zakat di Perkarangan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, di sini, hari ini.

Program Sinergi Grab dan Zakat itu merupakan satu platform kepada pemandu Grab untuk membuat pembayaran zakat dengan lebih mudah melalui potongan secara automatik melalui upah yang diterima.

Sementara itu, Pengurus Wilayah Timur Grab Malaysia, Encik Azraie Azahari berkata, pemandu dan penunggang Grab boleh memilih untuk menunaikan zakat setiap kali menerima penumpang.

“Usaha ini membolehkan para pemandu dan penunggang Grab dapat menunaikan kewajipan bagi membersihkan pendapatan masing-masing,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
error: