Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff (tiga dari kanan) ketika melawat tapak Rumah Rakyat Pahang (RRP) bagi Dewan Negeri (DN) Bebar di Kampung Permatang Chicar, Pekan.

RUMAH RAKYAT PAHANG (RRP) BUKTI KERAJAAN PAHANG STABIL

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Mahathir Ali

PEKAN, 12 NOVEMBER 2020: Bantuan Rumah Rakyat Pahang (RRP) adalah salah satu bukti ekonomi Kerajaan Pahang kukuh dan mampu untuk terus membela nasib rakyatnya.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, walapun ada pihak yang mendakwa Kerajaan Pahang tidak berduit, sedangkan hakikatnya negeri ini berada di landasan yang betul.

“Kerajaan Pahang adalah stabil dan dapat memberikan gaji kepada semua penjawat awamnya malah melaksanakan pelbagai projek yang mendapatkan manfaat kepada rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff (kanan) mengecat Rumah Rakyat Pahang (RRP) bagi Dewan Negeri (DN) Bebar di Kampung Permatang Chicar, Pekan.

“Malah pada masa akan datang pelbagai projek lagi dapat dilaksanakan sebagaimana kata YAB Menteri Besar Pahang ‘tiada janji, tapi lihat bukti’,” katanya ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) selepas melawat tapak Rumah Rakyat Pahang (RRP) bagi Dewan Negeri (DN) Bebar di Kampung Permatang Chicar, di sini.

Turut sama Ketua Kampung Permatang Pauh, Encik Mohd Nasrul Hakim Mat Daud serta wakil daripada Pejabat Daerah dan Tanah Pekan.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff (tiga dari kanan) ketika melawat tapak Rumah Rakyat Pahang (RRP) bagi Dewan Negeri (DN) Bebar di Kampung Permatang Chicar, Pekan.

Dalam pada itu, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin berkata, RRP ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri di bawah pimpinan YAB Menteri Besar Pahang bagi membantu rakyat yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah.

“Sekiranya Pahang bergerak lebih maju, maka lebih banyaklah kelebihan yang akan dinikmati oleh rakyat di negeri ini. Oleh itu, kita sentiasa memerlukan sokongan bagi memastikan lebih banyak peruntukan diberi untuk menyediakan hidup lebih selesa kepada rakyat.

“Sebagai contoh, kita beri rumah ini kepada mereka yang tidak mampu seperti berdaftar dengan e-Kasih serta benar-benar memerlukan bantuan rumah untuk berlindung. Kita harap ia sekurang-kurangnya meringankan beban yang ditanggung selama ini,” katanya.

Barisan kepimpinan bersama Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff selepas melawat tapak Rumah Rakyat Pahang (RRP) bagi Dewan Negeri (DN) Bebar di Kampung Permatang Chicar, Pekan.

Sementara itu, Encik Mohd Khudus Abd Manap, 37, yang ditemui menzahirkan rasa syukur dan gembira kerana dipilih sebagai penerima bantuan Rumah Rakyat Pahang (RRP).

“Saya bekerja sebagai pemandu van dan selama ini saya menumpang tinggal di rumah adik di Kampung Permatang Pauh. Saya sangat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang, YB Bebar (Dato’ Fakhruddin), Ketua Kampung serta semua yang terlibat sehingga saya mampu memiliki rumah sendiri,” katanya. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 492 total views

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error