Ahli Dewan Negeri Pulau Manis, YB. Dato’ Haji Khairuddin Mahmud (dua dari kiri) melihat perkembangan pembinaan rumah RRP yang sedang giat dijalankan.

RUMAH RAKYAT PAHANG DEWAN NEGERI PULAU MANIS DIJANGKA SIAP NOVEMBER

Oleh: Ain Nadhirah Basha
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 19 OKTOBER 2020: Dua buah Rumah Rakyat Pahang (RRP) di dalam Dewan Negeri (DN) Pulau Manis dijangka dapat disiapkan menjelang hujung November ini.

Ahli Dewan Negeri Pulau Manis, YB. Dato’ Haji Khairuddin Mahmud berkata, setakat ini kemajuan dua buah rumah RRP ini adalah mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Pahang.

Rumah Rakyat Pahang (RRP) di Kampung Seri Damai di sini yang sedang giat disiapkan kontraktor.

“Kontraktor diberi tempoh 12 minggu oleh Kerajaan Pahang untuk menyiapkan semua rumah RRP ini jadi bagi rumah di Kampung Seri Damai ini, ia telah siap kira-kira 40 peratus.

Ahli Dewan Negeri Pulau Manis, YB. Dato’ Haji Khairuddin Mahmud

“Bagi rumah di Kampung Pulau Manis pula, saya difahamkan ia telah 50 peratus siap. Jadi saya lihat tiada masalah untuk kedua-dua rumah ini siap dalam tempoh yang diberikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat pembinaan Rumah Rakyat Pahang DUN Pulau Manis di Kampung Seri Damai di sini yang turut dihadiri Penolong Pegawai Daerah Pekan, Puan Nur Shamimi Che Anuar.

Beliau berkata, pemberian RRP di Dewan Negeri Pulau Manis disifatkan sebagai istimewa kerana kedudukannya yang terletak di dua daerah.

Ahli Dewan Negeri Pulau Manis, YB. Dato’ Haji Khairuddin Mahmud (dua dari kanan) selepas melihat perkembangan pembinaan rumah RRP yang sedang giat dijalankan.

“Rumah RRP DUN Pulau Manis ini kalau kita lihat sebuah di sini (Kampung Seri Damai) iaitu di Kuantan, manakala sebuah lagi di Kampung Pulau Manis di Pekan.

“Saya pilih kedua-dua penerima rumah RRP ini bagi berlaku adil di kedua-dua kawasan. Tak nak nanti yang Kuantan cakap tak adil bila dua-dua dapat dekat kawasan Pekan, dan sebaliknya,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

 147 total views

Please follow and like us:
error