YH. Dato' Hamdan Hussin (tengah) memotong dahan pokok ketika menyertai Program Gotong-royong di Pasar Besar Kuantan.

RM2 JUTA BAIK PULIH PASAR BESAR KUANTAN

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 5 MAC 2020: Peruntukkan sebanyak RM2 juta akan digunakan untuk menaik taraf Pasar Besar Kuantan bagi memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung di situ.

Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), YH. Dato’ Hamdan Hussin berkata, jumlah itu meliputi peruntukan seperti membaiki kerosakan dan naik taraf dinding bangunan.

“Setakat ini projek menaik taraf berkenaan masih di peringkat reka bentuk dan dijangka akan dimulakan pada bulan Jun ini,” katanya pada Program Gotong-royong di Pasar Besar Kuantan di sini hari ini.

Kakitangan MPK mengecat bangunan Pasar Besar Kuantan pada Program Gotong-royong hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, semua pihak termasuk peniaga harus memainkan peranan dan tanggungjawab bagi menjadikan persekitaran pasar ini sentiasa bersih untuk menarik pengguna datang membeli barangan di sini.

“Pasar juga merupakan lokasi penting yang menunjukkan serta mencerminkan imej. Jika persekitaran pasar bersih, ia akan menjadikannya lebih selesa untuk dikunjungi bukan sahaja pelanggan bahkan pelancong dari luar,” katanya.

Katanya lagi, kepentingan amalan gotong-royong juga perlu dimartabatkan semula sebagai sebahagian daripada cara hidup masyarakat pada masa kini.

“Setelah sekian lama, amalan gotong-royong semakin kurang dilaksanakan… Kita tidak mahu apabila menjadi negara maju, kita akan hilang nilai-nilai kerjasama ini,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error