Sebuah restoran diarahkan tutup serta lesen premis perniagaan ditarik kerana melanggar arahan PKP.

RESTORAN DIARAH TUTUP LANGGAR ARAHAN PKP

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd Latib

KUANTAN 14 APRIL 2020: Sebuah restoran di sini diarahkan tutup serta lesen premis perniagaan disita oleh anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) setelah gagal mematuhi Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepertimana digariskan di bawah Seksyen 101(v) Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171).

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Puan Norkamawati Kamal berkata, sepanjang tempoh PKP, semua restoran yang dibenarkan beroperasi adalah tertakluk kepada tempoh yang dibenarkan.

“Selain itu, restoran juga hanya menjalankan operasi secara pembelian bawa pulang (take away), memastikan penjarakan sosial satu meter, menghadkan bilangan pelanggan, memastikan penyediaan sanitizer, setiap pelanggan dan peniaga memakai penutup muka sepanjang masa berurusan dan memastikan pelanggan tidak berkumpul di dalam premis,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata, sejak bermula PKP pada 18 April yang lepas, semua pemilik premis perniagaan termasuk restoran telah diberi notis pemakluman mengenai SOP
sepanjang tempoh PKP termasuk pemakaian topeng muka dan penyediaan hand sanitizer.

“Berikutan amaran berulang telah diberikan namun ketidakpatuhan terus dilakukan, tindakan tegas seumpama ini adalah perlu diambil bagi memutuskan rantaian wabak COVID-19 demi menjamin keselamatan orang ramai di Kuantan.

“Sebanyak 7,033 premis perniagaan telah diperiksa, sebanyak 84 kompaun dikeluarkan dan empat premis di sita barangan perniagaan termasuk satu premis di arah tutup dengan Lesen Premis Perniagaan disita,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: