Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

REMISEN FI DAFTAR PINDAH MILIK TANAH BERMULA BULAN DEPAN

Oleh: Fairus Mohd

KUANTAN, 28 JANUARI 2021: Kerajaan Pahang bersetuju melaksanakan remisen bagi fi pendaftaran pindah milik dan perintah jual (lelong) tanah di negeri ini bermula bulan hadapan.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Kerajaan Negeri sentiasa cakna terhadap aduan rakyat khususnya yang dianggap munasabah.

“Persetujuan meluluskan remisen ke atas fi pendaftaran pindah milik tanah bagi warganegara dan perintah jual (lelong) tanah telah dicapai pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri, semalam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pelaksanaan remisen yang dikuatkuasakan bermula 1 Febuari ini adalah seperti berikut:

1. Fi RM 100 bagi nilaian tanah RM 50,000 dan ke bawah

2. Fi RM 125 bagi nilaian tanah melebihi RM 50,000 hingga RM 100,000

3. Fi RM 500 bagi nilaian tanah melebihi RM 100,000 hingga RM 150,000

4. Fi RM 750 bagi nilaian tanah melebihi RM 150,000 hingga RM 250,000

5. Fi RM 1,000 bagi nilaian tanah melebihi RM 250,000 hingga RM 300,000

6. Fi RM 1,200 bagi nilaian tanah melebihi RM 300,000 hingga RM 400,000

7. Fi RM 2,500 bagi nilaian tanah melebihi RM 400,000 hingga RM 600,000

8. Fi RM 3,000 bagi nilaian tanah melebihi RM 600,000 hingga RM 750,000

9. Fi RM 3,500 bagi nilaian tanah melebihi RM 750,000 hingga RM 1 juta

10. Fi RM 4,000 bagi nilaian tanah melebihi RM 1 juta hingga RM 1.5 juta

11. Fi RM 4,500 bagi nilaian tanah melebihi RM 1.5 juta hingga RM 2 juta

12. Fi RM 5,000 bagi nilaian tanah melebihi RM 2 juta hingga RM 2.5 juta

13. Fi RM 5,500 bagi nilaian tanah melebihi RM 2.5 juta hingga RM 3 juta

14. Fi RM 6,000 bagi nilaian tanah melebihi RM 3 juta ke atas

Dalam pada itu, Kerajaan Negeri juga telah memutuskan beberapa lagi perkara iaitu perjanjian jual beli yang dimatikan setem duti sebelum atau pada 31 Januari 2021 akan dikenakan pada kadar yang lama dan pembayaraan balik akan dibuat kepada pemilik tanah untuk lebihan bayaran fi pendaftaran yang telah dibuat.

“Selain itu, fi pendaftaran pindah milik tanah kepada pembeli rumah pertama dikenakan pada kadar minimum RM100 sahaja.

“Pelaksanaan fi pendaftaran pindah milik tanah yang baharu kepada pembeli projek PR1MA Pahang, Rumah Makmur Pahang atau mana-mana projek perumahan di bawah Kerajaan Pahang pula akan diberikan moratorium sehingga 31 Disember 2021,” katanya.

Tambah beliau lagi, pentakrifan pemberian kasih sayang daripada ibu dan/atau bapa kepada anak atau sebaliknya, suami kepada isteri atau sebaliknya dan antara adik-beradik kandung akan diperluaskan di mana fi pendaftaran pindah milik tanah bagi pemberian ini juga dikenakan pada kadar minimum, RM100 sahaja.

“Saya berharap agar keputusan pelaksanaan remisen pada setiap kadar fi baharu ini dapat melegakan hati semua pihak terutamanya rakyat yang terkesan,” katanya.- PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download