Ketua Pengarah PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) , Dato' TPr. Mohd Anuar Maidin (kanan) merasmikan Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi Draf Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Pekan 2035 (Penggantian) Pahang di Hotel Ancasa Royale, Pekan, di sini.

RANCANGAN TEMPATAN PERLU JADI RUJUKAN PROJEK-PROJEK BAHARU

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Mahathir Ali

PEKAN, 1 OKTOBER 2020: Semua projek baharu yang dipohon oleh kementerian dan agensi pelaksana hendaklah mengikut kepada cadangan projek yang terkandung di dalam Rancangan Pemajuan termasuk Rancangan Tempatan.

Ketua Pengarah PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa), Dato’ TPr. Mohd Anuar Maidin berkata, kadang-kadang di peringkat pentadbiran kerajaan masih ada projek pembinaan contohnya seperti hospital atau sekolah yang tidak merujuk kepada Rancangan Tempatan.

“Kalau boleh kita bergerak secara bersepadu di mana melibatkan semua jabatan dan agensi. Saya mencadangkan agar di peringkat daerah dan negeri ada Jawatankuasa Pemantauan yang boleh periksa sejauh mana projek-projek dilaksanakan.

“Kalau boleh mereka perlu datang kepada majlis (daerah/perbandaran) kalau nak buat sesuatu, pihak majlis boleh pantau. Sekiranya tapak yang mahu dibangunkan itu tidak sesuai, pihak majlis boleh cadangan tapak baru dan pada masa yang sama melihat perancangan semasa tapak berkenaan, jika boleh dipinda, kita pinda.
Kesepakatan dan kerjasama secara bersama amat penting bagi menjayakan sesuatu projek,” katanya.

Dato’ TPr. Mohd Anuar Maidin menerima cenderamata dari Yang Dipertua Majlis Daerah Pekan (MDP), Dato’ Rose Shamsul Abdul Razak.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi Draf Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Pekan 2035 (Penggantian) Pahang di Hotel Ancasa Royale, di sini hari ini.

Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Daerah Pekan (MDP), Dato’ Rose Shamsul Abdul Razak; Pengarah PLANMalaysia Pahang, TPr. Harizah Dato’ Hassan serta Pengarah Pejabat Projek Zon Timur PLANMalaysia, TPr. Aminariff Hussin.

Sementara itu, pemimpin setempat serta orang awam diminta bersama-sama memberi maklumbalas, input dan cadangan terhadap Laporan Draf Rancangan Tempatan Daerah Pekan 2035 (Penggantian) Pahang bermula hari ini sehingga 30 Oktober 2020.

Sebanyak 27 buah projek berimpak tinggi, 19 buah projek Quick Win dan 18 buah projek Enablers dengan peruntukan sebanyak RM6.2 billion telah menjalani beberapa fasa kajian selama 12 bulan.

Dato’ TPr. Mohd Anuar berkata, kajian tersebut dijalankan untuk menggantikan dua dokumen Rancangan Tempatan Daerah Pekan sedia ada iaitu Rancangan Tempatan Daerah Pekan 2002-2015 dan Rancangan Tempatan Daerah Pekan (Pengubahan) yang telah tamat tempoh perancangan pada tahun 2015.

“Semua projek yang disenaraikan selaras dengan matlamat pembangunan yang telah digariskan iaitu membangunkan daerah Pekan sebagai Daerah Mampan dan Bandar Diraja Yang Maju.

Ketua Pengarah PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) , Dato’ TPr. Mohd Anuar Maidin.

“Bandar Pekan yang juga Warisan Kesultanan Melayu Pahang mempunyai pelbagai khazanah warisan seni budaya yang unik dan warisan alam yang masih terpelihara boleh dieksploitasi sepenuhnya untuk tujuan pelancongan,” katanya.

Tambahnya lagi, sektor perindustrian automotif, maritim dan pendidikan tinggi turut menyumbang kepada pembangunan Daerah Pekan sebagai Daerah Perindustrian Yang Berdaya Maju. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download

 58 total views

Please follow and like us:
error
error: