Selebriti dan usahawan, Datuk Mohamed Noor Shamsuddin atau lebih dikenali sebagai Rosyam Nor.

RAKYAT PAHANG DINASIHAT MENJADI PERAJURIT KEPADA PASUKAN BARISAN HADAPAN DENGAN BERADA DI RUMAH

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 02 APRIL 2020 : Rakyat Pahang dinasihatkan bersama-sama menjadi perajurit kepada pasukan barisan hadapan dengan berada di rumah bagi membantu memutuskan rangkaian wabak COVID-19 yang menular di negeri ini.

Selebriti dan usahawan, Datuk Mohamed Noor Shamsuddin atau lebih dikenali sebagai Rosyam Nor menasihatkan orang ramai di negeri ini memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dikuatkuasakan.

“Kita bersama-sama menjadi perajurit kepada mereka-mereka yang berada di frontliner (petugas barisan hadapan).

“Jadi panglima-panglima kita (petugas barisan hadapan) ada dekat depan, dan kita sebagai perajurit yang ada dekat belakang ini, kita kena bekerjasama. InsyaAllah, virus COVID-19 ini dapat kita sekat daripada terus menular,” katanya.

Beliau juga meminta baki empat peratus yang masih ingkar dengan PKP ini untuk mematuhi arahan PKP yang dikeluarkan bagi memutuskan rangkaian COVID-19 di negeri ini.

“Tahniah kepada seluruh jentera di negeri Pahang yang dapat menyekat 96 peratus orang keluar dan tinggal empat peratus.

“Empat peratus ni kenapa keluar? Kenapa mesti keluar? Jadi kita nak mencapai 100 peratus di Pahang, yang orangnya stay at home. Kalau tak stay at home nanti mungkin akan menjadi rantaian untuk COVID-19 virus ini akan merebak,” katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada para petugas barisan hadapan yang menjaga orang ramai dalam waktu penularan wabak COVID-19 ini. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: