Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Pahang, YBhg. Encik Zairasyahli Shah Zakaria pada Program Bicara Pahang terbitan Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) hari ini.

RAKYAT MAIN PERANAN JIKA MAHU SOP LONGGAR

Oleh: Fansurina Abdullah

KUANTAN, 18 FEBRUARI 2021: Masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing dalam pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sekiranya mahu kerajaan melonggarkan peraturan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Pahang, YBhg. Encik Zairasyahli Shah Zakaria berkata, kelonggaran dalam perlaksanaan SOP pada PKP 2.0 bagi menyokong sektor sosioekonomi rakyat di negeri ini supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup.

“Kerajaan perlu menyeimbangkan di antara usaha kawalan jangkitan COVID-19 dengan kelangsungan sektor sosioekonomi bagi mengatasi kerugian yang dialami oleh kerajaan pada PKP 1.0.

“Pada PKP 1.0 lalu, kerajaan mengalami kerugian kira-kira RM2 billion sehari kerana sektor ekonomi ditutup,” katanya pada Program Bicara Pahang terbitan Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) hari ini.

Beliau berkata, pada ketika ini, beberapa sektor telah diberi kelonggaran untuk beroperasi berdasarkan SOP khusus yang ditetapkan bagi sektor-sektor terbabit.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Triang yang berkuatkuasa semalam sebagai usaha mengawal penularan COVID-19 ke kawasan sekitar.

“Kerajaan Pahang sentiasa mengambil tindakan proaktif dalam menangani kes-kes jangkitan di negeri ini bagi memastikan kadar jangkitan menurun dan dapat dikawal dengan baik,” katanya.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Pahang, YBhg. Encik Zairasyahli Shah Zakaria

Beliau turut menjelaskan bahawa Pahang pernah mencatatkan sifar kes selama 23 hari pada tahun lalu namun kembali mencatat jangkitan selepas kebenaran rentas negeri di seluruh negara pada penghujung tahun 2020.

Katanya, trend jangkitan COVID-19 di Pahang melibatkan tiga punca iaitu rentas negeri, perhimpunan sosial dan perhimpunan keluarga yang menyebabkan kadar jangkitan lebih mudah.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan tahap pematuhan orang ramai terhadap SOP semakin baik dan kebanyakan masyarakat semakin faham kepentingan perlaksanaan peraturan sebagai usaha mengekang penularan wabak tersebut. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download