Timbalan Menteri KPDNHEP, YB Dato. Rasol Bin Wahid meninjau stok Bekalan Makanan Perlu (sepanjang PKP Fasa 4) di Syarikat Pemborong Golden Hp disini hari ini.

RAKYAT DIMINTA TIDAK BUAT PEMBELIAN PANIK BERIKUTAN PKPB

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Mahathir Ali

KUANTAN, 02 MEI 2020 : Rakyat diminta tidak membuat pembelian panik berikutan pengumuman kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula Isnin ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YB Dato’ Haji Rosol Wahid berkata pihaknya bimbang orang ramai akan membuat pembelian panik kerana syarat untuk keluar telah dilonggarkan bermula 4 Mei ini.

“Kita bimbang, kita pun meramalkan mungkin ada sedikit pembelian panik kerana orang pun dah mula boleh keluar (pada pelaksanaan PKPB).

“Yang kedua, dah akhir bulan, orang dah dapat gaji, dan bantuan kerajaan pun mereka dah dapat. Kemudian yang ketiga, kita nak melihat kalau ada maka kita akan buat tindakanlah. Kita nak tengok pula lepas pada 4 Mei, tengok pula perkembangan macam mana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas melakukan tinjauan ke atas Bekalan Makanan Perlu Sepanjang Bulan Ramadan Semasa Musim PKP Fasa 4 di pemborong Golden Hp Agency Sdn Bhd di Indera Mahkota 3 di sini hari ini.

Seorang pekerja merekod stok Bekalan Makanan Perlu (sepanjang PKP Fasa 4) di Syarikat Pemborong Golden Hp, Kuantan.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Tuan Mohamed Zahari Razali, Timbalan Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Tuan Haji Azman Adam, dan Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Pahang, Tuan Ahmad Fitri Ali.

Beliau berkata orang ramai tidak perlu bimbang mengenai kekurangan bekalan makanan sehingga perlu membuat pembelian panik kerana bekalan makanan yang ada di negara ini mencukupi.

“Bekalan makanan kita mencukupi untuk sembilan bulan. Jadi saya menyeru kepada rakyat semua jangan risau tentang keperluan makanan, kita cukup untuk menghadapi segala kemungkinan.

“(Orang ramai) Tak perlu bimbang. Mereka beli ni (bekalan makanan) kerana takut tak cukup, tak sempat nak beli. Tapi stok barang kita tengok dah penuh, tiada ruang kosong pun di sini.

“Maka pengguna-pengguna jangan panik kerana barang mencukupi. Belilah sekadar yang perlu dan tambah pula lepas pada ini, PKP dilonggarkan maka mereka boleh keluar. Dulu mungkin sekali keluar beli banyak kerana susah nak keluar, tapi bila dah dilonggarkan PKP ini maka tiada isulah untuk tak nak keluar dan sebagainya,” katanya.

Beliau mengakui berlaku kenaikan harga bagi sesetengah jenis barangan namun demikian ada harga barangan yang turun buat masa ini.

“Harga bagi sesetengah barang ada kenaikan. Tapi ada jugak barang yang turun. Macam semalam saya pergi ke TMG, bawang dah turun harga. Kemudian ada sedikit lah barang yang naik sikit kerana supply demand tapi terkawal.

“Pegawai-pegawai kita memantau harga setiap hari, setiap masa tak kira hari cuti ke tak cuti, kita akan meninjau harga barang dan laporan tersebut akan direct kepada enforcement command centre di Kuala Lumpur untuk harga barang tersebut. Dan kalau ada kenaikan yang mendadak kita minta pengguna terus lapor kepada pegawai-pegawai kita atau pun kepada laman web kita,” katanya.

Timbalan Menteri KPDNHEP, YB Dato. Rasol Bin Wahid meninjau stok Bekalan Makanan Perlu (sepanjang PKP Fasa 4) di Syarikat Pemborong Golden Hp disini hari ini.

Beliau berkata data pemeriksaan dan kes sepanjang tempoh PKP bagi KPDNHEP Pahang yang bermula 18 Mac sehingga 1 Mei merekodkan sebanyak 3,952 pemeriksaan telah dilakukan di negeri ini.

“Daripada jumlah ini, pemeriksaan terhadap barangan keperluan asas merekodkan jumlah paling tinggi iaitu 2,262; diikuti topeng muka (598); pembersih tangan (581); lain-lain (277); dan maklumat harga barangan keperluan di peringkat rantaian pembekalan (234).

“Sebanyak 13 kes telah dikompaun mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dan tiga kes lagi di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan jumlah nilai rampasan adalah sebanyak RM2,562.10 dan jumlah nilai kompaun adalah RM2,100,” katanya.

Menurut beliau lagi, sebanyak 397 aduan telah diterima oleh pihak KPDNHEP Pahang bermula dari 1 Januari sehingga 30 April lalu.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 355 aduan telah berjaya diselesaikan dengan kategori aduan tertinggi adalah melibatkan harga dengan 164 aduan, diikuti kategori transaksi atas talian dengan 128 aduan.

“Sepanjang tempoh PKP bermula dari 18 Mac sehingga 30 April, pihak KPDNHEP Pahang telah menerima 188 aduan dengan 148 daripadanya telah diselesaikan. Aduan tertinggi juga adalah daripada kategori harga dengan 77 aduan, diikuti kategori transaksi atas talian dengan 73 aduan,” katanya. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: