Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chini, Mohd Fadzirllah Zainal Abidin

PUSAT UNDI AWAL SIAP DINYAHKUMAN

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim

PEKAN, 29 JUN 2020: Bomba telah melakukan operasi sanitasi nyahkuman di pusat mengundi awal esok bagi mengelak sebarang risiko penularan jangkitan COVID-19.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chini, Mohd Fadzirllah Zainal Abidin berkata, operasi sanitasi nyahkuman tersebut telah dilakukan dan ia turut melibatkan kerjasama tiga lagi BBP iaitu BBP Peramu, BBP Pekan, dan BBP Nenasi.

“Kita ikut SOP sedia ada yang ditentukan oleh pihak kerajaan dimana penjarakan sosial, sanitasi awal dan ulangan dan kemudian pemantauan pusat pengundian itu sendiri.

“Bagi sanitasi ke seluruh pusat mengundi pula, semua itu bergantung kepada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Majlis Daerah Pekan (MDP) bila kita perlu buat samada sebelum, semasa atau selepas, jika diperlukan,” katanya ketika ditemui pemberita pada lawatan kerja dan penyerahan jentera oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB. Dato’ Sri Dr Ismail Abd Muttalib di Balai Bomba dan Penyelamat Chini, di sini.

Turut sama, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, YH. Dato’ Abdul Wahab Mat Yasin, Pemangku Pengarah Bomba Pahang, YH. Mohd Zahar Abdullah dan Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), YH. Dato’ Hasbollah Osman.

Seramai 18 pengundi awal melibatkan anggota polis akan melakukan pengundian awal di Bilik Maklumat, Balai Polis Chini bagi PRK Chini itu. Daftar pemilih DUN itu mengandungi 20,990 pengundi. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: