PUSAT KUARANTIN COVID-19 DI SUKPA SUDAH TAMAT OPERASI SEJAK 20 DISEMBER LALU

KUANTAN, 24 DISEMBER 2020: Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Stadium Tertutup SUKPA, di sini telah pun tamat operasinya petang Ahad, 20 Disember lalu.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia susulan kesemua 168 pesakit warga asing yang ditempatkan di Pusat berkenaan sejak 10 Disember 2020, telah sembuh dan dibenarkan pulang.

Beliau berkata, daripada 168 pesakit, 158 pesakit ialah dari Kluster Jalan Genting dibenarkan pulang ke Genting Highlands mulai jam 2 petang, dengan menaiki bas yang Kerajaan Negeri sediakan.

Menurutnya, baki seramai 10 pesakit dari Kluster Kuala membabitkan kawasan pusat bandar Kuantan pula, dibenarkan pulang kira-kira jam 5 petang hari sama.

“Sebelum ini, perkara itu turut dimaklumkan kepada media oleh Pengarah, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pahang, Encik Mohd Zairasyahli Shah Zakaria pada petang Ahad itu juga.

“Sehubungan itu saya berharap, terjawablah sudah kesangsian tentang status Stadium Tertutup SUKPA sebagai PKRC ekoran tulisan-tulisan tidak bertanggungjawab oleh segelintir pengamal media sosial mengenainya,” katanya menerusi Facebook beliau malam tadi.-PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 1,353 total views,  9 views today

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download