Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim.

PRU-15 DIJANGKA AWAL TAHUN HADAPAN : SHAHIDAN KASSIM

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Muhammad Muslimi Abd. Rahim

PEKAN, 27 JUN 2020 : Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 dijangka diadakan awal tahun hadapan selepas daftar pemilih selesai dijalankan menurut Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim.

Beliau yang merupakan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) berpendapat PRU-15 patut diadakan selepas selesai daftar pemilih bagi memastikan kemenangan berpihak kepada parti.

“Jadi saya bersetuju pilihan raya (PRU-15) dibuat pada bila-bila masa selepas daftar pemilih selesai. Untuk bulan Jun. Kalau untuk tahun depan, bulan September.

“Saya tak mahu kita pi menyeru jom lah pilihan raya, kemain seronok nak pilihan raya tapi bila sampai pilihan raya kita gugup perut tengok kita ada berapa ahli boleh mengundi, tak boleh mengundi,” katanya.

Beliau berkata pilihan raya awal bukanlah sesuatu perkara yang seronok untuk dikejar jika daftar pemilih tidak diselesaikan terlebih dahulu.

“Kalau pergi pilihan raya, daftar pemilih tak siap macam mana. Oh, depa kata daftar pemilih yang dulu cukup. Itu what you say but you have no facts, no proves. Daftar pemilih yang berikutnya bulan September, you kena fikir daftar pemilih.

“Kita ni, (seru) marilah kita buat pilihan raya cepat. Pilihan raya cepat tapi tak peduli daftar pemilih, siapa nak undi kita?

“Pergi pilihan raya kena tengok nama, boleh atau tak boleh mengundi. Ini seronok-seronok je suruh buat pilihan raya tanpa memikirkan daftar pemilih mencukupi tak untuk kita menang,” katanya.

Tambah beliau lagi, pilihan raya yang cepat tidak mendatangkan keuntungan kepada parti sekiranya daftar pemilih tidak diperiksa terlebih dahulu.

“Pilihan raya cepat tak menguntungkan awak. Kalau awak daftar pemilih awak tak betul. Cek daftar pemilih dulu.

“Sebab kita perhatikan daftar pemilih bukan (sekadar) beremosi tulis dalam Facebook, mari buat pilihan raya. Daftar pemilih buat tak? Boleh menang tak? Nak buat pilihan raya tak boleh menang buat apa. Kita nak buat pilihan raya untuk menang,” katanya lagi.

Beliau turut merujuk kepada negeri Perlis yang membuat pendekatan mementingkan daftar pemilih yang disifatkan sebagai pendekatan yang berbeza daripada dilakukan oleh negeri lain.

“Macam Perlis, kita buat pendekatan lain. Sebab tu Perlis kita tak pernah kalah dari merdeka sampai sekarang. Sebab kita perhatikan daftar pemilih,” katanya.

Beliau berkata seramai 30 orang jentera Barisan Nasional (BN) dari Perlis telah turun membantu kempen di DUN Chini sejak 20 Jun lalu. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: