Seorang anggota polis menunaikan kewajipan membuang undi ketika tinjauan undian awal dilakukan di Balai Polis Chini, Pekan, hari ini.

PROSES UNDI AWAL DN CHINI BERJALAN LANCAR

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd Latib
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN 30 JUN 2020: Proses pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri (DN) Chini hari ini mencatatkan sejarah tersendiri apabila berlangsung dalam suasana pandemik COVID-19.

Proses pengundian yang membabitkan 18 pengundi awal dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Balai Polis Chini di sini.

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memeriksa suhu pengundi ketika tinjauan undian awal di Balai Polis Chini, Pekan, hari ini.
Petugas melakukan kerja-kerja sanitasi terhadap peralatan mengundi ketika tinjauan undian awal di Balai Polis Chini, Pekan, hari ini.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) PRK Chini, YH Dato’ Zaliza Zulkifli turut meninjau proses pengundian yang bermula jam 8 pagi.

YH Dato’ Zaliza ketika ditemui media berkata, beliau berpuas hati dengan proses pengundian awal hari ini dan berharap hari mengundi nanti keadaan adalah sama.

Seorang anggota polis menunjukkan jarinya yang sudah diwarnakan membuktikan beliau sudah selesai mengundi ketika tinjauan awal di Balai Polis Chini, hari ini.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) PRK Chini, YH Dato’ Zaliza Zulkifli.

“Pada pagi tadi kita melihat proses pengundian awal berjalan lancar dan jumlah pengundi yang berdaftar sebagai pengundi awal di Balai Polis Chini adalah seramai 18 orang.

“Proses pelaksanaan mengundi awal dan ia berjalan dengan lancar dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh peraturan-peraturan pilihan raya dan SOP yang ditetapkan,” katanya di sini.

PRK DN Chini diadakan susulan kematian penyandangnya Allahyarham Dato’ Sri Abu Bakar Harun pada 6 Mei lepas akibat serangan jantung.

Pada PRU14, Allahyarham Abu Bakar menang dengan majoriti 4,622 undi selepas memperoleh 10,027 undi menewaskan Mohd Fadhil Noor (PAS) yang mendapat 5,405 undi manakala Mohamad Razali Ithnain dari PKR sekadar memperoleh 1,065 undi. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download