Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato' Abd Rahim Muda melawat kawasan disekitar bandar Kuantan bagi persediaan menaik taraf bandar ini sebagai sebuah bandaraya tidak lama lagi.

PROSES INDAHKAN KUANTAN SEBAGAI PERSEDIAAN MENJADI BANDARAYA

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 17 DISEMBER 2020 : Proses mengindahkan Bandar Kuantan adalah seiring dengan persediaan menaik taraf bandar ini sebagai sebuah bandaraya tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Rahim Muda berkata, proses ini bagi memastikan kawasan di sekitar bandar ini bukan sahaja cantik tetapi juga bersih.

“Kita mahu Kuantan bukan sahaja gah dari segi namanya tetapi juga dari segi realiti di mana itulah yang akan menjadi tarikan kepada pelancong untuk datang ke sini.

“Perkara mengindahkan Kuantan ini juga adalah proses berpanjangan yang perlu kita sentiasa naik taraf supaya ia seimbang dengan status bandaraya nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) selepas mengadakan pertemuan dengan pemilik-pemilik premis di sekitar Jalan Mahkota di sini, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Rahim Muda melawat kawasan disekitar bandar Kuantan bagi persediaan menaik taraf bandar ini sebagai sebuah bandaraya tidak lama lagi.

Turut hadir, Pengarah Pembangunan Perniagaan dan Perlesenan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) Encik Mohamed Shairulkamri Mohd Shainudin; Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Pelancongan MPK, Encik Mohamad Nasir Jusoh; Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPK, Encik Mohd Nassri Mat Hussin; dan Ahli Majlis MPK, YH. Dato’ Wan Solihi Wan Hassan.

Beliau berkata, bangunan di sekitar Jalan Besar dan Jalan Mahkota yang telah lama dibina juga akan dipulihara bagi memastikan nilai tradisinya dapat dikekalkan.

“Dan kita akan pastikan bangunan warisan yang ada ini perlu dikekalkan walaupun kita ke arah bandaraya.

“Bangunan di sini pun sudah lebih daripada 100 tahun dan kita nak pastikan bahawa kawasan ini akan mengekalkan ciri-ciri bangunan tradisi dan kolonial yang telah dibina sejak dahulu dan kita nak memastikan juga, kawasan sekitar menjadi tempat tumpuan pelancong terutamanya dengan wujudnya banyak pusat-pusat makanan di sini,” katanya.

Beliau berkata, bagi memastikan bangunan di sekitar kawasan ini dijaga dan dapat menarik perhatian orang ramai, pihak MPK telah bekerjasama dengan 47 pemilik premis yang ada untuk mengecat semula premis yang ada.

“Bangunan-bangunan kedai ini juga akan dicat dengan warna menarik. Kita akan pastikan warna yang dipilih tidak kusam dan tidak sama antara premis.

“Selain itu, landskap kawasan-kawasan ini juga akan diindahkan dengan lampu limpah ataupun lampu yang berbagai pada waktu malam selain menaiktaraf lorong-lorong di belakang kedai supaya ia lebih menarik,” katanya.

Beliau juga turut berpuas hati dengan perkembangan proses mengindahkan bandar ini yang disifatkan telah cukup bersedia dalam menuju taraf sebuah bandaraya. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
ARTIKEL POPULAR

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download