Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin (tiga kiri) pada Majlis Penyerahan Alat Pemadam Api di Taman Perumahan Rakyat Makmur, Gambang Jaya 2, Kuantan, hari ini.

PROJEK RUMAH MALAYSIA AKAN DIBINA DI TEMERLOH

Oleh : Ain Nadhirah Basha

KUANTAN, 20 FEBRUARI 2021 : Satu projek Rumah Malaysia akan dibina di Temerloh daripada keseluruhan 11 projek yang diumumkan akan dibina di seluruh negara tahun ini oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) baru-baru ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata setakat ini hanya satu projek telah dikenalpasti di negeri ini iaitu di Lanchang.

“Untuk 11 projek yang saya sebut sebelum ini, yang kita mulakan rebrand atau upgrade dengan nama Rumah Malaysia kebetulan di Pahang ada satu iaitu di Lanchang, Temerloh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Alat Pemadam Api di Taman Perumahan Rakyat Makmur, Gambang Jaya 2, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, YH. Ir. Haji Wan Mohammad Zaidi Wan Isa.

Beliau berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Pahang pada Isnin ini bagi membincangkan cadangan tapak yang sesuai bagi pembinaan akan datang.

“Dan ketika ini juga ada permintaan-permintaan Kerajaan Negeri yang mencadangkan tanah-tanah iaitu mungkin kita akan pertimbangkan juga.

“…Isnin saya akan bertemu dengan Menteri Besar untuk melihatkan cadangan-cadangan tapak yang kita tengok kalau sesuai mungkin kita boleh angkat untuk pembinaan yang akan datang,” katanya.

Projek Rumah Malaysia merupakan Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang akan dijenamakan semula bermula tahun ini membabitkan pembinaan 4,120 unit diseluruh negara.

Keluasan rumah projek Rumah Malaysia juga akan ditambah kepada 900 kaki persegi (kps) berbanding 700 kps sekarang yang merupakan sebahagian pembaharuan dasar yang dibuat oleh kementerian bagi meningkatkan keselesaan dan mutu hidup rakyat, sekali gus menjadikan rakyat berkualiti tinggi.

Selain itu, kadar sewa perumahan tersebut di seluruh negara juga akan diselaraskan dan kesemua 11 projek terbabit masih lagi di dalam proses tender. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download