Penduduk Projek Perumahan Rakyat Disewa (PPRS) Pinggiran Putra bercucuk tanam menerusi program Kebun Komuniti bagi meringankan beban kehidupan seharian.

PROJEK KEBUN KOMUNITI BERI MANFAAT KEPADA PENDUDUK

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim

KUANTAN, 22 OKTOBER 2020: Lebih tiga bulan lalu, keadaan hidup serta nasib penghuni Projek Perumahan Rakyat Disewa (PPRS) Pinggiran Putra yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadi antara tumpuan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).

Keadaan itu juga telah mencetuskan inisiatif membantu mereka melalui Program Kebun Komuniti bagi meringankan beban kehidupan seharian terutama kepada pesertanya.

Antara sayuran yang ditanam di Kebun Komuniti di Penduduk Projek Perumahan Rakyat Disewa (PPRS) Pinggiran Putra di Kuantan.
Antara sayuran yang ditanam di Kebun Komuniti di Penduduk Projek Perumahan Rakyat Disewa (PPRS) Pinggiran Putra di Kuantan.

Salah seorang peserta, Puan Normawati Medan, 51, mengakui usaha yang dilakukan kini telah membuahkan hasil di mana sayur-sayuran ditanam kini sudah boleh dituai.

Ibu kepada enam orang anak ini juga mengakui perbelanjaan dapur dapat dijimatkan apabila mereka menanam sendiri sayur untuk dimakan.

Puan Normawati Medan, 51.

“Saya rasa gembira dapat tengok keadaan sekeliling flat yang dikelilingi tanaman hijau.. rasa tenang dan gembira dengan usaha yang telah dilakukan.

“Dari segi kos perbelanjaan dapur pula, kami boleh jimat daripada membeli sayur di kedai atau pasaraya seperti yang dilakukan sebelum ini,” katanya ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP), di sini hari ini.

Puan Siti Ranilah Ali, 44.

Seorang lagi peserta, Puan Siti Ranilah Ali, 44, berkata, dia berbesar hati dapat menyertai projek berkenaan apatah lagi cucuk tanam adalah salah satu aktiviti kesukaannya.

Peserta menanam pokok nanas menerusi Program Kebun Komuniti hasil inisiatif Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di Projek Perumahan Rakyat Disewa (PPRS) Pinggiran Putra, di Kuantan.

“Terima kasih MPK sebab bagi peluang kepada kami tanam sayur di sini sekaligus menggunakan ruang tanah yang ada di sekitar kawasan flat ini.

“Penduduk juga dapat makan sayur segar yang ditanam sendiri, jimat belanja dan menjadi ruang untuk sesama kami bertemu dan berkongsi cerita hal semasa terutamanya melibatkan perkembangan dalam komuniti kami,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error