Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Norolazali Sulaiman ketika mengadakan lawatan tapak pembinaan ECRL di Tapak Terowong Kuantan di Jabor, Kuantan.

PROJEK ECRL DI PAHANG BERJALAN DENGAN BAIK WALAU BERDEPAN COVID-19

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib
Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

KUANTAN, 19 JANUARI 2021: Projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bagi bahagian di Negeri Pahang berjalan dengan baik walaupun berdepan dengan pelbagai situasi yang di luar jangka termasuk pandemik COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Norolazali Sulaiman berkata, projek yang dilancarkan pada Ogos 2017 itu telah digantung pelaksanaannya beberapa kali termasuk ketika perubahan kerajaan yang lalu dan ketika negara diserang COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Norolazali Sulaiman ketika mengadakan lawatan tapak pembinaan ECRL di Tapak Terowong Kuantan di Jabor, Kuantan.

“Bagaimanapun, secara keseluruhan kerja-kerja (pembinaan ECRL) berjalan dengan baik walaupun ketika projek telah digantung pelaksanaannya beberapa kali. Ini termasuk ketika perubahan kerajaan yang lalu dan pada mula negara kita diserang wabak COVID-19.

“Selepas Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) mendapat kebenaran daripada pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) maka kerja-kerja pembinaan terutama di projek kritikal dapat diteruskan,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Norolazali Sulaiman.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) ketika mengadakan lawatan tapak pembinaan ECRL di Tapak Terowong Kuantan di Jabor di sini hari ini.

Pada program itu, YB. Dato’ Sri Norolazali diberi taklimat oleh Pengurus Pembinaan Wilayah Seksyen 4 dan Seksyen 5 Projek ECRL, Encik Wan Kamal Wan Embong sebelum dibawa memasuki terowong berkenaan.

Lawatan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang ini bertujuan mendapatkan penerangan ringkas berkenaan perkembangan terkini Projek ECRL di Negeri Pahang.

Sementara itu, Encik Wan Kamal ketika memberi taklimat berkata, kerja pembinaan Terowong Kuantan sepanjang 2.89 kilometer ini sudah 33.5 peratus siap dan dijangka akan siap sepenuhnya pada April 2023.

“Pembinaan terowong ini agak unik kerana berkongsi dua negeri. Masuk di Pahang dan keluar di Pahang namun di tengah-tengah terowong adalah kawasan Negeri Terengganu. Setakat ini kira-kira 600 meter terowong sudah dikorek,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download