Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail melakukan ziarah selepas merasmikan skuad Cakna Tok Wan di Dewan UMNO Sungai Koyan, Lipis, hari ini.

PROGRAM CAKNA TOK WAN : PRIHATIN RAKYAT MEMERLUKAN

Oleh : Fansurina Abdullah

KUALA LIPIS, 23 NOVEMBER 2020 : Program Cakna Tok Wan yang dilancarkan oleh Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail memberikan keutamaan terhadap keperluan rakyat menerusi pemberian bantuan keperluan terutama ketika pasca COVID-19 ketika ini.

YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy menyifatkan, semua bantuan yang diberikan merupakan akitviti yang sering dilakukan setiap kali beliau bertemu rakyat khususnya pengundi di kawasan Dewan Negeri Jelai.

Pada Pelancaran Program Cakna Tok Wan yang dilancarkan siang tadi, pejabat Dewan Negeri Jelai turut menyampaikan sumbangan dan bantuan kepada agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pos Malaysia.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan sumbangan pada Program Cakna Tok Wan di Dewan UMNo Bahagian Cameron Highlands, Sungai Koyan, Lipis, hari ini.

Beliau turut membuat flag-off kenderaan bagi mengagihkan bantuan barangan kepada penduduk di kawasan Dewan Negeri Jelai sebelum turut serta skuad Cakna Tok Wan menziarah dan mengagihkan bantuan kepada penerima.

Majlis tersebut diadakan di Dewan UMNO Bahagian Cameron Highlands, Sungai Koyan, di sini selepas beliau melakukan lawatan kerja ke Tapak Cadangan Pejabat Daerah Kecil Jelai di Bukit Betong dan lawatan ke Projek Jalan Tanjung Gahai ke Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Jelai di Kampung Tanjung Gahai, di sini, hari ini.

Beliau sebelum itu telah menghadiri Mesyuarat JKPT Cameron Highlands dan Mesyuarat Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands di Pejabat Daerah dan Tanah Lipis. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
ARTIKEL POPULAR

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download