Ahli Parlimen Pekan, YB. Dato' Sri Najib Tun Razak.

PRK CHINI: SENARAI CALON AKAN DITELITI – NAJIB

Oleh: Fairus Mohd
Foto: Putera Falliq Hakim

PEKAN, 14 MEI 2020: Senarai calon (Ahli Dewan Negeri Chini) kini di dalam proses dan tiada sebarang keputusan dibuat lagi setakat ini, kata Ahli Parlimen Pekan, YB. Dato’ Sri Najib Tun Razak.

Menurutnya, ia (senarai) akan diteliti secara terperinci terutama sekali tinjauan yang dilakukan adalah berkisar kepada masyarakat DN Chini (peringat akar umbi dan pemimpin)

“Kita tak tahu lagi siapa yang mereka nak calonkan, senarai calon secara kasar ada tapi perlu diteliti. Apa yang penting proses berjalan dan saya akan runding dengan Menteri Besar Pahang (Pengerusi Perhubungan BN Negeri),” katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi cabutan undi lot Rancangan Tanah Kelompok (RTK) Bukit Udang, Mukim Penyor di Dewan JKKK Mambang di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, YB Yang DiPertua Dewan Negeri Pahang, Dato’ Sri Haji Ishak Haji Muhamad, barisan exco negeri Pahang serta wakil rakyat setempat.

Sementara itu ketika ditanya mengenai penentuan calon, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy berkata, keputusan meletakkan calon daripada Barisan Nasional di kerusi Chini itu dibuat atas dasar persefahaman sesama parti di bawah Perikatan Nasional (PN).

“Setakat ini kita tak ada sebarang masalah dengan PAS dan ini (Chini) memang kerusi UMNO. Kita menang lebih lebih 4,000 majoriti (PRU 2018) di Chini.

“Tiada perbincangan setakat ini, biasanya understanding lah (persefahaman),” katanya. -PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: