Proses pengundian PRK N23 Chini yang dijalankan di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kelas Al Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Felda Chini 3, Pekan, hari ini.

PRK CHINI: PENGUNDI LEGA KEBIASAAN BAHARU JADIKAN PROSES MENGUNDI LEBIH LANCAR, CEPAT

Oleh : Ain Nadhirah Basha
Foto : Putera Falliq Hakim Suhairi

PEKAN, 04 JULAI 2020 : Rata-rata pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri (DN) Chini melahirkan rasa lega dengan proses kebiasaan baharu yang perlu diikuti sepanjang mengundi hari ini berikutan penularan wabak COVID-19.

Pengundi yang ditemui menjelaskan proses pengundian kali ini dilihat lebih pantas, lancar dan teratur berbanding pengalaman mereka mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini.

Mohd Isa Mat Arshad, 78, berkata prosedur mengundi kali ini sangat berbeza jika dibandingkan dengan pilihan raya yang dijalankan sebelum ini.

Proses pengundian PRK N23 Chini yang dijalankan di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kelas Al Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Felda Chini 3, Pekan, hari ini.

“Kita terpaksa ikut law, tapi bagus (cara mengundi) ini kerana ia memudahkan cara mengundi.

“Mula dari proses masuk, mereka (petugas SPR) dah tunjuk tempat mana kena pergi, proses periksa kesihatan pun cepat. Semua cepat dan mudah. Masa tunggu giliran mengundi pun tak lama,” katanya yang mengundi di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Felda Chini 3.

Seorang lagi pengundi, Faridah Deud, 65, turut melahirkan rasa lega dengan kelancaran proses mengundi hari ini.

“Rasa lain sikit mengundi kali ini tapi selesa sebab dalam dewan tak panas, orang tak ramai. (Pengundi) Masuk pun sikit-sikit jadi proses cepat.

Proses pengundian PRK N23 Chini yang dijalankan di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kelas Al Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Felda Chini 3, Pekan, hari ini.

“Walaupun ada wabak COVID-19 ini, rasa tak takut sebab ada prosedur kesihatan sebelum masuk. Lagipun semua ini (SOP) dah empat bulan, dah biasa dah,” katanya yang mengundi bersama suami, Kamarudin Musa.

Pengundi luar yang juga pengundi muda, Norsahida Abdul Aziz, 34, berkata dia pulang ke Chini semalam untuk mengundi.

“Saya balik untuk mengundi semalam dari Damansara (Kuala Lumpur). Adik beradik saya yang tinggal di luar pun balik semalam semata-mata untuk mengundi hari ini.

“Dapat rasa beza mengundi kali ini. Sebelum ini proses mengundi ambil masa dalam sejam tapi sekarang cuma 5 minit dah siap.

Proses pengundian PRK N23 Chini yang dijalankan di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kelas Al Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Felda Chini 3, Pekan, hari ini.

“Beza mengundi dulu dengan sekarang, kita (pengundi) kena ikut SOP yang ditetapkan, ada pemeriksaan suhu, kena pakai sarung tangan tapi proses keseluruhan lebih lancar dan cepat,” katanya.

Untuk rekod seramai 20,990 pemilih berdaftar terdiri daripada 20,972 pengundi biasa terlibat dengan PRK Chini ini di 13 pusat mengundi di 65 saluran.

PRK Chini hari ini diadakan susulan kematian penyandangnya, YB. Dato’ Sri Abu Bakar Harun dari BN yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 7 Mei lalu.

PRK ini pilihan raya yang pertama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa bermula 18 Mac ekoran penularan pandemik COVID-19. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: