Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan (belakang, kanan) ketika Sesi Memperkenalkan Calon BN PRK Chini di Dewan Mempelas, Kampung Salong di Pekan hari ini.

PRK CHINI: PEMBANGUNAN DI CHINI AKAN DITERUSKAN OLEH SHARIM

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd Latib

PEKAN, 26 JUN 2020: Pembangunan yang ada di sekitar Chini di bawah Felda perlu diteruskan supaya lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan untuk generasi belia di kawasan itu.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, justeru calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Negeri (DN) Chini, Mohd Shahrim Md Zain akan memastikan pembangunan dapat dibawa yang sekaligus memberi peluang pekerjaan kepada mereka.

“Mohd Sharim perlu melihat isu ini secara serius dimana pembangunan di sini diteruskan dan diberi penambahbaikkan untuk fasa seterusnya agar lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan di sini,” katanya ketika ditemui pada Sesi Memperkenalkan Calon BN PRK Chini di Dewan Mempelas, Kampung Salong di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Pekan, YB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak; Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan, Dato’ Mohd Nizar Najib dan Calon Barisan Nasional (BN) Mohd Sharim Md Zain.

Dalam pada itu, beliau berkata, penggunaan platform media sosial untuk berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri (DN) Chini dilihat lebih berkesan khususnya kepada pengundi luar.

“Pada awalnya kita kira kawasan Chini kawasan luar bandar dan penyampaian melalui internet ini kurang sesuai.

“Bagaimanapun saya dapati penyampaian secara digital ini ada kesan besar di sini sebab itu kita telah mulakan dengan perkongsian video-video pendek infografik dan sebagainya sebagai mesej kepada rakyat,” katanya.

Shahril berkata, PRK kali ini sangat berbeza dan mempunyai cabaran tersendiri termasuk perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Bagaimanapun kita sudah menyusun siri-siri ceramah yang diadakan termasuk ceramah berkelompok memandangkan bilangan yang hadir dihadkan tidak lebih 250 orang,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: