Pahang Awang Mohamed (kanan) ketika menerima kunjungan Ahli Parlimen Pekan, YB. Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan bersama calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Negeri (DN) Chini, Mohd Shahrim Md Zain di Kampung Baru Chini di Pekan hari ini.

PRK CHINI: PAHANG TETAP SOKONG BARISAN NASIONAL

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd Latib

PEKAN, 26 JUN 2020: Setiap ibu bapa pasti akan memilih nama yang terbaik untuk anak mereka tidak kiralah unik sekalipun tetapi apa yang lebih penting adalah maksudnya.

Namun, apa yang mencuri tumpuan adalah nama seorang warga emas berusia 68 tahun di Kampung Baru Salong di sini kerana namanya yang unik iaitu Pahang.

Pahang Awang Mohamed berkata, namanya yang unik sering diingati oleh ramai pemimpin termasuklah Ahli Parlimen Pekan, YB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

“Nama ini jika sepintas lalu mungkin rasa malu apabila disebut orang tetapi, kini saya amat bangga kerana ayah memberi nama ini.

Calon BN, Mohd Shahrim Md Zain membawa Ahli Parlimen Pekan, YB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak membonceng motosikal ketika melakukan ziarah di sekitar Kampung Baru Salong di Pekan hari ini.

“Menurut ayah saya, pada tahun 1952 ada dua orang yang bernama Pahang, satu di Kuala Pahang dan satu lagi di Lubuk Paku… Kedua-dua ini masa itu memang kaya.

“Pahang di Kuala Pahang kaya dengan kehidupan menangkap ikan dan Lubuk Paku pula kaya pula dengan kehidupan pertanian. Jadi harapan orang tua tadi supaya mudahan satu lagi Pahang iaitu saya juga akan menjadi senang,” katanya

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan YB. Dato’ Sri Mohd Najib bersama calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Negeri (DN) Chini, Mohd Shahrim Md Zain ke rumahnya hari ini.

Bekas Ketua Kampung Kampung Baru Salong itu berkata, beliau akan terus memberi sokongan kepada BN selagi nyawa di kandung badan walaupun sebelum ini ada yang mendakwa beliau menyokong calon bebas.

Ahli Parlimen Pekan, YB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama calon BN bagi kerusi Dewan Negeri (DN) Chini, Mohd Shahrim Md Zain ketika melakukan ziarah di Kampung Baru Salong di Pekan hari ini.

“Kedatangan YB. Dato’ Sri Mohd Najib sebab ada berita kurang enak didengar daripada maklumat luar seolah-olah saya menyokong calon bebas dalam PRK ini.

“Sebenarnya saya sentiasa menyokong BN. Saya letak jawatan Ketua Kampung pun sebelum ini kerana saya tidak mahu bersama kepimpinan Pakatan Harapan (PH).

“Kerana pada saya, selagi YB. Dato’ Sri Mohd Najib ada, saya tetap akan sokong BN di bawah kepimpinan beliau,” katanya.

Mengenai calon pula katanya, beliau percaya pengalaman yang ada bersama Allahyarham Dato’ Sri Abu Bakar Harun akan dibawa untuk membangunkan kawasan Dewan Negeri (DN) Chini.

“Mungkin cuma orang muda belum ada banyak pengalaman lagi. Tetapi saya percaya beliau mampu untuk membangunkan kawasan Chini dan kampung tradisional,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: