Ku Yu Mat, 63, (kanan) bersama isterinya, Beriah Mohsin, 65, menunjuk jari yang di calit dakwat biru sebagai tanda selesai mengundi di Pusat Pengundian di Dewan Mempelas, Kampung Salong, di Pekan hari ini

PRK CHINI: MENGUNDI KALI INI SENANG DAN CEPAT – PENGUNDI

Oleh: Muhammad Shahrinnahar Latib

PEKAN, 4 JULAI 2020: “Mengundi kali ini senang, cepat dan tidak perlu berhimpit-himpit seperti pilihan raya sebelum ini,” kata Beriah Mohsin, 65, kata penduduk Kampung Orang Asli Ulu Gumum di sini.

Kata Orang Asli kaum Jakun itu, dia gembira kerana sudah selesai menunaikan tanggungjawabnya sebagai rakyat untuk mengundi.

“Mengundi kali ini senang dan amat mudah. Saya suka dengan kaedah ini… Walaupun dia kelihatan menyusahkan kerana banyak proses tetapi saya gembira sebab tidak perlu bersesak-sesak dan semua pengundi beratur seperti yang diarahkan,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui selepas membuang undi di Pusat pengundian Dewan Mempelas, Kampung Salong, hari ini.

Katanya, dia berharap suasana sebegini dapat dikekalkan kerana ia memberi keselesaan kepada semua pengundi.

Sementara itu, bagi suami Beriah, Ku Yu Mat, 63, proses mengundi kali ini berbeza berbanding beberapa pilihan raya umum yang pernah dilaluinya.

Menurutnya,ini kerana setiap proses membuang undi perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) khas yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Saya selesa dengan proses pengundi sebegini kerana kita tidak perlu bersesak-sesak seperti sebelum ini.

“Jadi, saya harapkan kaedah sebegini diteruskan sampai bila-bila. Banyak kebaikan saya lihat dari aspek kebersihan dimana saya kena cuci tangan, jaga jarak san sebagainya.

“Ini semua bagi mengelak jangkitan COVID-19,” katanya ketika ditemui di Pusat pengundian Dewan Mempelas, Kampung Salong, hari ini.

Ku Yu berkata, jika dahulu pengundi akan mencelup jari telunjuk ke dalam dakwat pilihan raya, namun kali ini berbeza apabila mereka perlu menghulurkan jari telunjuk kiri dan dicalitkan dengan berus.

“Saya nampak pegawai yang bertugas begitu menjaga kebersihan dalam mengelak penularan wabak,” katanya. – PAHANGMEDIA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Download applikasi PahangGo

+ Government Linked
+ Simplified Parking Payment
+ Utility Bills
Download
Please follow and like us:
error
error: